Kampong Bharu Development Corporation Act 2011 s 52
s 52 Obligation of secrecy
(1) Except for any of the purposes of this Act or for the purposes of any civil or criminal proceedings under any written law or where otherwise authorized by the Corporation—
(a) no member of the Corporation or any of its committees or any employee or agent of the Corporation or any person attending any meeting of the Corporation or any of its committees, whether during or after his tenure of office or employment, shall disclose any information obtained by him in the course of his duties and which is not published in pursuance of this Act; and
(b) no other person who has by any means access to any information or document relating to the affairs of the Corporation shall disclose such information or document.
(2) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Obligasi kerahsiaan
(1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah manamana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Perbadanan—
(a) tiada anggota Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen Perbadanan atau manamana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini; dan
(b) tiada seorang lain pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Perbadanan boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 733 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).