My bookmarksSign up free
← Peaceful Assembly Act 2012

Peaceful Assembly Act 2012 s 6

Peaceful Assembly Act 2012 s 6

s 6 Responsibilities of organizers

(1) An organizer shall ensure that an assembly is in compliance with this Act and any other written law. (2) For the purpose of subsection (1), the organizer shall— (a) ensure that the organization and conduct of an assembly is not in contravention of this Act or any order issued under this Act or any other written law; (b) ensure that he or any other person at the assembly does not do any act or make any statement which has a tendency to promote feelings of ill-will or hostility amongst the public at large or do anything which will disturb public tranquility; (c) ensure that he or any other person at the assembly does not commit any offence under any written law; (d) ensure that the organization and conduct of an assembly is in accordance with the notification of assembly given under subsection 9(1) and any restrictions and conditions which may be imposed under section 15; (e) appoint such number of persons as he thinks necessary to be in charge of the orderly conduct of the assembly; (f) co-operate with the public authorities; (g) ensure that the assembly will not endanger health or cause damage to property or the environment; (h) ensure that the assembly will not cause any significant inconvenience to the public at large; (i) ensure the clean-up of the place of assembly or bear the clean-up cost of the place of assembly; and (j) in the case of simultaneous assemblies or counter assemblies, ensure that the organization of the assemblies are not intended to specifically prevent the other assembly from taking place or interfere with the organization of such assembly.

Malay text (authoritative)

Tanggungjawab penganjur

(1) Seseorang penganjur hendaklah memastikan bahawa sesuatu perhimpunan mematuhi Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain. (2) Bagi maksud subseksyen (1), penganjur hendaklah— (a) memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau manamana undang-undang bertulis yang lain; (b) memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apaapa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam; (c) memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apaapa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (d) memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian suatu perhimpunan adalah mengikut pemberitahuan perhimpunan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) dan apa-apa sekatan dan syarat yang boleh dikenakan di bawah seksyen 15; (e) melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur; (f) bekerjasama dengan pihak berkuasa awam; (g) memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar; (h) memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya; (i) memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan; dan (j) dalam hal perhimpunan serentak atau perhimpunan balas, memastikan bahawa penganjuran perhimpunan itu tidak diniatkan untuk menghalang secara spesifik perhimpunan yang satu lagi daripada diadakan atau mengganggu penganjuran perhimpunan itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 736 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next