s 30 Grant or refusal of designated medical device permit
(1) The Authority may, after considering the application for a designated medical device permit under section 28 and the additional information, particulars or document provided under section 29, grant the designated medical device permit for a prescribed period or refuse to grant the designated medical device permit.
(2) A designated medical device permit granted under subsection (1) shall be subject to the payment of the prescribed fee within the prescribed period and such conditions as the Authority thinks fit to impose.
Malay text (authoritative)
Pemberian atau keengganan untuk memberikan permit peranti perubatan yang ditetapkan
(1) Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi permit peranti perubatan yang ditetapkan di bawah seksyen 28 dan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang diberikan di bawah seksyen 29, memberikan permit peranti perubatan yang ditetapkan bagi suatu tempoh yang ditetapkan atau enggan untuk memberikan permit peranti perubatan yang ditetapkan itu.
(2) Sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan apa-apa syarat yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa untuk dikenakan.
Text as at 1 March 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).