Any person who—
(a) refuses any authorized officer access to any premises or conveyance which the authorized officer is entitled to have access to under this Act or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act;
(b) assaults, obstructs, hinders or delays any authorized officer in effecting any entry which the authorized officer is entitled to effect under this Act, or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; or
(c) refuses any authorized officer any information relating to an offence or suspected offence under this Act or any other information which may reasonably be required of him and which he has in his knowledge or power to give,
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Halangan untuk menggeledah
Mana-mana orang yang—
(a) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis atau pengangkut yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apaapa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan manamana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
(c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki secara munasabah daripadanya dan yang ada dalam pengetahuan atau kuasanya untuk memberikannya,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Text as at 1 March 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).