My bookmarksSign up free
← Medical Device Act 2012

Medical Device Act 2012 s 63

Medical Device Act 2012 s 63

s 63 Forfeiture of seized medical device, etc.

(1) Any medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form seized in exercise of any power conferred by this Act shall be liable to forfeiture. (2) An order for the forfeiture of the medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form seized and liable to forfeiture under this Act shall be made by the court before which the prosecution with regard thereto has been held if it is proved to the satisfaction of the court that an offence under this Act has been committed and that the medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form seized was the subject matter of or was used in the commission of the offence, notwithstanding that no person has been convicted of such offence. (3) If there is no prosecution with regard to any medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form seized under this Act, such medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form shall be taken and deemed to be forfeited at the expiration of a period of one calendar month from the date of service of a notice to the last-known address of the person from whom the medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form was seized indicating that there is no prosecution in respect of such medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form, unless before the expiration of that period a claim thereto is made in the manner set out in subsections (4), (5) and (6). (4) Any person asserting that he is the owner of the medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form referred to in subsection (3) and that it is not liable to forfeiture may, personally or by his agent authorized in writing, give written notice to the authorized officer in whose possession such medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form is held that he claims the medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form. (5) On receipt of the notice under subsection (4), the authorized officer shall refer the matter to a Magistrate for his decision. (6) The Magistrate to whom the matter is referred under subsection (5) shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form and the person from whom it was seized to appear before the Magistrate, and upon their appearance or default to appear, due service of the summons having been proved, the Magistrate shall proceed to the examination of the matter and, on proof that an offence under this Act has been committed and that medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form seized was the subject matter of or was used in the commission of such offence, the Magistrate shall order the medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form to be forfeited, and shall, in the absence of such proof, order its release. (7) Any medical device, book, document, computerized data, apparatus, equipment, device, machinery, vehicle, matter or thing including in digital form forfeited or deemed to be forfeited shall be delivered to the Authority and shall be disposed of in such manner as the Authority thinks fit. (8) The Authority may direct that any thing seized under this Act be sold at any time and the proceeds of the sale be held pending the result of any prosecution or claim under this section if— (a) it is of a perishable nature or is subject to speedy and natural decay; (b) the custody of the thing involves unreasonable expense and inconvenience; or (c) it is believed to cause obstruction or hazard to the public.

Malay text (authoritative)

Pelucuthakan peranti perubatan, dsb., yang disita

(1) Apa-apa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan oleh Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Suatu perintah bagi pelucuthakan peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita di bawah Akta ini, peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu hendaklah diambil kira dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital disita yang menyatakan bahawa tidak ada pendakwaan berkenaan dengan peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6). (4) Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu dipegang bahawa dia menuntut peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu. (5) Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi keputusannya. (6) Majistret yang perkara itu dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu dan orang yang daripadanya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tidak ada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya. (7) Apa-apa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa. (8) Pihak Berkuasa boleh mengarahkan supaya apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini dijual pada bila-bila masa dan hasil penjualan itu dipegang sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini jika— (a) benda itu adalah daripada jenis yang mudah binasa atau yang mengikut tabiinya lekas rosak; (b) penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah; atau (c) benda itu dipercayai menyebabkan halangan atau membahayakan orang ramai.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 737 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next