s 70 Emergency response plan and assistance from multi-agencies in emergency
(1) The Authority may require, as part of the process of issuing a licence or designated medical device permit, or otherwise, any person to provide the necessary measures to be taken in the event of an emergency for the protection of the public from harm or damage caused by a medical device.
(2) The Authority shall forward the emergency response plan submitted under subsection (1) to all relevant agencies for their necessary action.
(3) In the event of any emergency involving any medical device, the Authority may seek the assistance and co-operation of the relevant agencies in implementing any emergency measures including those measures provided in the emergency response plan.
(4) Any costs incurred by any agency in implementing any emergency measure shall be borne by the licensee or designated medical device permit holder.
(5) Nothing in this section shall absolve or be deemed to absolve the licensee or designated medical device permit holder from any of his obligation to take all necessary measures in the event of any emergency.
Malay text (authoritative)
Pelan gerak balas kecemasan dan bantuan daripada pelbagai agensi semasa kecemasan
(1) Pihak Berkuasa boleh menghendaki, sebagai sebahagian daripada proses untuk mengeluarkan lesen atau permit peranti perubatan yang ditetapkan, atau selainnya, mana-mana orang supaya menyediakan langkahlangkah perlu untuk diambil sekiranya berlaku suatu kecemasan bagi perlindungan orang awam daripada bahaya atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu peranti perubatan.
(2) Pihak Berkuasa hendaklah menghantar pelan gerak balas kecemasan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) kepada semua agensi yang berkaitan untuk tindakan mereka yang perlu.
(3) Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan yang melibatkan mana-mana peranti perubatan, Pihak Berkuasa boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada agensi-agensi yang berkaitan dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan termasuk langkah-langkah yang terdapat dalam pelan gerak balas kecemasan itu.
(4) Apa-apa kos yang ditanggung oleh mana-mana agensi dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen atau pemegang permit peranti perubatan yang ditetapkan.
(5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan atau disifatkan sebagai melepaskan pemegang lesen atau pemegang permit peranti perubatan yang ditetapkan daripada apa-apa obligasinya untuk mengambil segala langkah yang perlu sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.
Text as at 1 March 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).