My bookmarksSign up free
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 2

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “prescribed” means— (a) prescribed by the Minister by regulations; or (b) prescribed by the Corporation by rules, as the case may be; “Government Entity” includes— (a) the Federal Government, the relevant State Government or local government; and (b) the relevant ministry, department, office, agency, corporation, commission, committee, board, council or other body, corporate or unincorporate, of the Federal Government, or of any State Government or local government, whether established under written law or otherwise; “committee” means any committee established by the Corporation under section 14; “Approvals and Implementation Committee” means the committee established under section 37; “housing accommodation” includes any building, tenement or messuage which is wholly or principally constructed, adapted or intended for human habitation or partly for human habitation and partly for business premises and such other type of accommodation as may be prescribed by the Minister responsible for housing and local government, from time to time, to be a housing accommodation pursuant to section 3A of the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 [Act 118]; “Perumahan Rakyat 1Malaysia homes” or “PR1MA homes” means the housing accommodation constructed in accordance with the quality, requirement, specification and standard prescribed under this Act; “Approvals” means licences, permits, registrations and other approvals including those related to land, tax, customs and excise duties and other fiscal incentives, required for or in connection with the investment in PR1MA development and PR1MA complexes; “utilities” has the meaning assigned to it in the Town and Country Planning Act 1976 [Act 172]; “construction works” has the meaning assigned to it in the Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 [Act 520]; “amenities” has the meaning assigned to it in the Town and Country Planning Act 1976; “Chief Minister” means— (a) the Chief Minister of Penang; (b) the Chief Minister of Malacca; (c) the Chief Minister of Sabah; or (d) the Chief Minister of Sarawak, as the case may be; “Chief Executive Officer” means the Chief Executive Officer appointed under subsection 24(1), and includes the employee of the Corporation appointed under section 25 to act as the Chief Executive Officer; “Perumahan Rakyat 1Malaysia complexes” or “PR1MA complexes” means PR1MA homes including the amenities, utilities and other infrastructure within the area of the PR1MA homes; “Eligible Persons’ Assistance Fund” means the fund established under section 42; “Perumahan Rakyat 1Malaysia Corporation Fund” or “PR1MA Corporation Malaysia Fund” means the fund established under section 40; “Council” means the PR1MA Advisory Council established under section 30; “Minister” means the Minister responsible for PR1MA development and PR1MA complexes; “Menteri Besar” means— (a) the Menteri Besar of Perlis; (b) the Menteri Besar of Johor; (c) the Menteri Besar of Kedah; (d) the Menteri Besar of Perak; (e) the Menteri Besar of Selangor; (f) the Menteri Besar of Negeri Sembilan; (g) the Menteri Besar of Pahang; (h) the Menteri Besar of Terengganu; or (i) the Menteri Besar of Kelantan, as the case may be; “eligible person” means any person who meets the criteria prescribed by the Corporation under section 32; “Perumahan Rakyat 1Malaysia development” or “PR1MA development” means the development or construction or the proposed development or construction of PR1MA complexes in any manner whatsoever; “tenant” means an eligible person who has entered into a tenancy arrangement in relation to PR1MA homes either with the Corporation or any other person approved by the Corporation; “Corporation” means the PR1MA Corporation Malaysia established under section 3.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya— (a) ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan; atau (b) ditetapkan oleh Perbadanan melalui kaedah-kaedah, mengikut mana-mana yang berkenaan; “Entiti Kerajaan” termasuklah— (a) Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan yang berkaitan; dan (b) kementerian, jabatan, pejabat, agensi, perbadanan, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang berkaitan bagi Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya; “jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 14; “Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 37; “kediaman perumahan” termasuklah mana-mana bangunan, tenemen atau mesuaj yang keseluruhannya atau sebahagian utamanya dibina, disesuaikan atau diniatkan bagi kediaman manusia atau sebahagiannya bagi kediaman manusia dan sebahagiannya bagi premis perniagaan dan apa-apa jenis tempat tinggal lain yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, dari semasa ke semasa sebagai rumah tempat tinggal menurut seksyen 3A Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]; “kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia” atau “kediaman PR1MA” ertinya kediaman perumahan yang dibina mengikut kualiti, kehendak, spesifikasi dan standard yang ditetapkan di bawah Akta ini; “Kelulusan” ertinya lesen, permit, pendaftaran dan kelulusan lain termasuklah yang berkaitan dengan tanah, cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain, yang dikehendaki bagi atau berkaitan dengan pelaburan dalam pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA; “kemudahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; “kerja pembinaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520]; “keselesaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976; “Ketua Menteri” ertinya— (a) Ketua Menteri Pulau Pinang; (b) Ketua Menteri Melaka; (c) Ketua Menteri Sabah; atau (d) Ketua Menteri Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan; “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 24(1), dan termasuklah pekerja Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 25 untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif; “kompleks Perumahan Rakyat 1Malaysia” atau “kompleks PR1MA” ertinya kediaman PR1MA termasuklah keselesaan, kemudahan dan infrastruktur lain di dalam kawasan kediaman PR1MA itu; “Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 42; “Kumpulan Wang Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia” atau “Kumpulan Wang Perbadanan PR1MA Malaysia” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 40; “Majlis” ertinya Majlis Penasihat PR1MA yang ditubuhkan di bawah seksyen 30; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA; “Menteri Besar” ertinya— (a) Menteri Besar Perlis; (b) Menteri Besar Johor; (c) Menteri Besar Kedah; (d) Menteri Besar Perak; (e) Menteri Besar Selangor; (f) Menteri Besar Negeri Sembilan; (g) Menteri Besar Pahang; (h) Menteri Besar Terengganu; atau (i) Menteri Besar Kelantan, mengikut mana-mana yang berkenaan; “orang yang layak” ertinya mana-mana orang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 32; “pembangunan Perumahan Rakyat 1Malaysia” atau “pembangunan PR1MA” ertinya pembangunan atau pembinaan atau pembangunan atau pembinaan yang dicadangkan bagi kompleks PR1MA mengikut apa-apa jua cara; “penyewa” ertinya orang yang layak yang telah membuat perkiraan penyewaan berhubung dengan kediaman PR1MA sama ada dengan Perbadanan atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Perbadanan; “Perbadanan” ertinya Perbadanan PR1MA Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 739 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next