LawPlayer
My bookmarks
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 37

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 37

Act no.
Act 739
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 [Act 739], s 37

s 37 Approvals and Implementation Committee

(1) There shall be established an Approvals and Implementation Committee for each State where PR1MA development is undertaken which shall consist of the following members: (a) the Chief Secretary to the Government of Malaysia as Chairman; (b) a senior representative of the State; (c) a senior representative of the ministry responsible for finance; (d) a senior representative of the ministry responsible for housing and local government; (e) a senior representative of the ministry responsible for land; (f) a senior representative of the ministry responsible for energy and water; (g) the President or Commissioner or Mayor of the local authority; (h) the State Planning Director of the State or in the case of the Federal Territory, the Commissioner appointed under the Federal Capital Act 1960 [Act 190]; (i) the State Director of the Department of Lands and Mines; and (j) not more than five such other members as may be appointed by the Corporation. (2) An alternate member may be appointed— (a) for the Chairman of the Approvals and Implementation Committee, by the Chairman of the Approvals and Implementation Committee; and (b) for a member of the Approvals and Implementation Committee other than the Chairman of the Approvals and Implementation Committee, by the other members of the Approvals and Implementation Committee, if he is, for any reason, unable to attend meetings of the Approvals and Implementation Committee. (3) When attending meetings of the Approvals and Implementation Committee, an alternate member shall for all purposes be deemed to be a member of the Approvals and Implementation Committee. (4) The Approvals and Implementation Committee shall be responsible for— (a) reviewing all applications for Approvals required in relation to any PR1MA development; (b) co-ordinating the roles and obligations of all Government Entities to facilitate and expedite the Approvals which has been reviewed under paragraph (a) and the implementation of the proposed PR1MA development; (c) taking or recommending appropriate steps and administrative actions to resolve any difficulties or issues arising from the Approvals process as highlighted by the Corporation; (d) reviewing the status of the implementation of such proposed PR1MA development; and (e) providing any other assistance as may be required by the Corporation in relation to PR1MA development. (5) In undertaking its role as provided under subsection (4), the Approvals and Implementation Committee shall take into consideration the objective of the Corporation and national interest. (6) The Approvals and Implementation Committee may regulate its own procedures. (7) The meetings of the Approvals and Implementation Committee shall be held at such times and places as the Chairman of the Approvals and Implementation Committee may determine. (8) The Approvals and Implementation Committee shall cause— (a) minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form; and (b) copies of the minutes of all its meetings to be submitted to the Corporation as soon as practicable. (9) Any minutes made of a meeting of the Approvals and Implementation Committee shall, if duly signed by the Chairman of the Approvals and Implementation Committee, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof. (10) Every meeting of the Approvals and Implementation Committee in respect of the proceedings of which minutes of the proceedings have been made in accordance with subsection (8) shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act. (11) The members of the Approvals and Implementation Committee may be paid such allowances and other expenses as the Corporation may determine. (12) No act done or proceeding taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Approvals and Implementation Committee; or (b) any omission, defect or an irregularity not affecting the merit of the case.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan

(1) Hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan bagi setiap Negeri di mana pembangunan PR1MA sedang diusahakan yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi; (b) seorang wakil kanan Negeri; (c) seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan; (d) seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan; (e) seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi tanah; (f) seorang wakil kanan kementerian yang bertanggungjawab bagi tenaga dan air; (g) Presiden atau Pesuruhjaya atau Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan; (h) Pengarah Perancang Negeri bagi Negeri itu atau dalam hal Wilayah Persekutuan, Pesuruhjaya yang dilantik di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190]; (i) Pengarah Negeri Jabatan Tanah dan Galian; dan (j) tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang dilantik oleh Perbadanan. (2) Seorang anggota silih ganti boleh dilantik— (i) bagi Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, oleh Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan; dan (ii) bagi anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan selain daripada Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, oleh anggota lain Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, jika dia, atas apa-apa sebab, tidak dapat hadir mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan. (3) Apabila menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan. (4) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah bertanggungjawab bagi— (a) mengkaji semula semua permohonan bagi Kelulusan yang dikehendaki berhubung dengan apa-apa pembangunan PR1MA; (b) menyelaraskan peranan dan obligasi kesemua Entiti Kerajaan untuk memudahkan dan menyegerakan Kelulusan yang telah dikaji semula di bawah perenggan (a) dan pelaksanaan pembangunan PR1MA yang dicadangkan; (c) mengambil atau mengesyorkan langkah dan tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan apa-apa kesulitan atau isu yang timbul daripada proses Kelulusan sebagaimana yang ditekankan oleh Perbadanan; (d) mengkaji semula status pelaksanaan pembangunan PR1MA yang dicadangkan itu; dan (e) memberikan apa-apa bantuan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan berhubung dengan pembangunan PR1MA. (5) Dalam melaksanakan peranannya di bawah subseksyen (4), Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah mengambil kira objektif Perbadanan dan kepentingan negara. (6) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (7) Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan. (8) Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah menyebabkan— (a) minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Perbadanan secepat yang dapat dilaksanakan. (9) Apa-apa minit mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya. (10) Tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan berkenaan dengan prosiding yang minitnya telah dibuat mengikut subseksyen (8) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. (11) Anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan bolehlah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (12) Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan; atau (b) terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 37 is headed “Approvals and Implementation Committee” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 37 begins “(1) There shall be established an Approvals and Implementation Committee for each State where PR1MA development is undertaken which shall…”.
Location
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 37 is placed under “Part VI: Co-ordination with government entities”.
Version
The text of Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2020.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 37 is s 36.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 37 is s 38.
Synced
LawPlayer last synced the text of Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012, s 37 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next