My bookmarksSign up free
← Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 4

Perumahan Rakyat 1Malaysia Act 2012 s 4

s 4 Common seal

(1) The Corporation shall have a common seal which shall bear a device approved by the Corporation and the seal may from time to time be broken, changed, altered and made anew as the Corporation thinks fit. (2) Until a seal is provided by the Corporation, a stamp bearing the words “PR1MA Corporation Malaysia” may be used and shall be deemed to be the common seal of the Corporation. (3) The common seal shall be kept in the custody of the Chairman of the Corporation or any other person authorized by the Corporation, and shall be authenticated by either the Chairman of the Corporation or such other person as may be authorized by the Chairman of the Corporation in writing. (4) All deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the seal and duly authenticated shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed. (5) Any deed, document or other instrument which, if executed by a person not being a body corporate, is not required to be under seal may in like manner be executed by a member of the Corporation or an employee of the Corporation authorized in that behalf. (6) The common seal of the Corporation shall be officially and judicially noticed.

Malay text (authoritative)

Meterai perbadanan

(1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan PR1MA Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Perbadanan. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi Perbadanan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Perbadanan, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi Perbadanan atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi Perbadanan secara bertulis. (4) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah. (5) Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Perbadanan atau seorang pekerja Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu. (6) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 739 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next