My bookmarksSign up free
← Pingat Tentera Udara (Remembrance Allowance) Act 2012

Pingat Tentera Udara (Remembrance Allowance) Act 2012 s 3

Pingat Tentera Udara (Remembrance Allowance) Act 2012 s 3

s 3 Grant of remembrance allowance

(1) There may be granted to a recipient of a Decoration a remembrance allowance of one thousand ringgit a month, and where the Decoration is conferred on such recipient more than once, there may be granted to him a separate remembrance allowance of one thousand ringgit a month in respect of each Decoration conferred on him. (2) The remembrance allowance shall only be payable to a recipient who is still living at the commencement of this Act. (3) The remembrance allowance shall be payable in arrear no earlier than the end of each month. (4) Where the Decoration is conferred before the commencement of this Act, the remembrance allowance shall be paid to the recipient, in any case, commencing with the month of the commencement of this Act. (5) Where the Decoration is conferred on or after the commencement of this Act, the remembrance allowance shall be paid to the recipient commencing with the month in which the Decoration is conferred on him.

Malay text (authoritative)

Pemberian elaun kenangan

(1) Maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepada seseorang penerima Bintang Kehormatan, dan jika Bintang Kehormatan itu dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan yang berasingan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepadanya berkenaan dengan setiap Bintang Kehormatan yang dianugerahkan kepadanya. (2) Elaun kenangan hanya akan dibayar kepada seseorang penerima yang masih hidup pada permulaan kuat kuasa Akta ini. (3) Elaun kenangan hendaklah dibayar secara tunggakan tidak lebih awal daripada penghujung setiap bulan. (4) Jika Bintang Kehormatan dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima, dalam apa-apa keadaan, mulai dari bulan permulaan kuat kuasa Akta ini. (5) Jika Bintang Kehormatan dianugerahkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima mulai dari bulan yang Bintang Kehormatan itu dianugerahkan kepadanya.

Read this section in the full act →

Find Act 745 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next