s 3 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“data” means any recorded information or document connected with or relevant to road safety, regardless of form, that covers primary data, secondary data, raw data or aggregated data, including accident data, reports, road accident sketches, injury data and traffic volume;
“document” has the meaning assigned to it in section 3 of the Evidence Act 1950 [Act 56];
“physical entity” means any equipment, device, article, item or thing that is designed, constructed, manufactured, distributed, sold or represented for use on roads or that generally relates to land transportation or that is connected with or relevant to road safety, and includes motor vehicles, road furniture and traffic signs;
“property” means all movable or immovable property, including intellectual property and all interests, rights and liabilities, whether equitable or legal, in such property, and includes choses-in-action, investments, money and goodwill;
“Institute” means the Malaysian Institute of Road Safety Research or MIROS;
“driving institution” means a driving school or driving institute which is issued with a permit under the Motor Vehicles (Driving Schools) Rules 1992 [P.U. (A) 60/1992];
“Director General” means the Director General of the Institute appointed under subsection 25(1);
“Fund” means the Malaysian Institute of Road Safety Research Fund established under section 32;
“Board” means the Board of Directors of the Malaysian Institute of Road Safety Research established under section 10;
“Minister” means the Minister responsible for transport;
“assigned officer” means an officer appointed under section 42;
“Chairman” means the Chairman of the Board appointed under subsection 11(2);
“sample” means any amount, part or quantity taken from a physical entity to be a representative sample;
“Deputy Director General” means the Deputy Director General of the Institute appointed under section 26.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“data” ertinya apa-apa maklumat yang direkod atau dokumen yang berkaitan dengan atau relevan kepada keselamatan jalan raya, tidak kira dalam apa jua bentuk, yang meliputi data utama, data sekunder, data kasar atau data agregat, termasuk data kemalangan, laporan, pelan lakar kemalangan jalan raya, data kecederaan dan jumlah trafik;
“dokumen” mempunyai erti seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“entiti fizikal” ertinya apa-apa kelengkapan, alat, artikel, barang atau benda yang direka bentuk, dibina, dibuat, diedar, dijual atau dikatakan untuk kegunaan di jalan raya atau yang secara umumnya berhubung dengan pengangkutan darat atau berkaitan dengan atau relevan kepada keselamatan jalan raya, dan termasuk kenderaan bermotor, perkakas jalan raya dan tanda lalu lintas;
“harta” ertinya semua harta alih atau tak alih, termasuk harta intelek dan semua kepentingan, hak dan liabiliti, sama ada di bawah ekuiti atau undang-undang, dalam harta itu, dan termasuk hak dalam tindakan, pelaburan, wang dan nama baik;
“Institut” ertinya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau MIROS;
“institusi memandu” ertinya sekolah memandu atau institut memandu yang kepadanya permit dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992 [P.U. (A) 60/1992];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 25(1);
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 32;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pengangkutan;
“pegawai yang ditugaskan” ertinya seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 42;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 11(2);
“sampel” ertinya apa-apa amaun, bahagian atau kuantiti yang diambil daripada entiti fizikal sebagai suatu sampel representatif;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah seksyen 26.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).