Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012 s 35
Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012 s 35
s 35 Expenditure and preparation of estimates
(1) The expenditure of the Institute up to such amount as may be authorized by the Minister for any one year shall be defrayed out of the Fund.
(2) Before 1 September of each year, the Institute shall submit to the Minister an estimate of its expenditure, including the expenditure for research and development programmes, for the following year in such form and containing such particulars as the Minister may direct.
(3) The Minister shall, before 31 December of each year, notify the Institute of the amount authorized for expenditure generally or of the amount authorized for each description of expenditure based on the estimate prepared under subsection (2) for the following year.
(4) The Institute may, at any time, submit to the Minister, a supplementary estimate of its expenditure for any one year and the Minister may allow the whole or any part of the additional expenditure included in the supplementary estimate.
Malay text (authoritative)
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
(1) Perbelanjaan Institut setakat amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2) Sebelum 1 September setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(3) Menteri hendaklah, sebelum 31 Disember setiap tahun, memberitahu Institut mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2) untuk tahun berikutnya.
(4) Institut boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri, suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi manamana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).