My bookmarksSign up free
← Mediation Act 2012

Mediation Act 2012 s 16

Mediation Act 2012 s 16

s 16 Privilege

(1) Any mediation communication is privileged and is not subject to discovery or be admissible in evidence in any proceedings. (2) Notwithstanding subsection (1), the mediation communication is not privileged if— (a) the privilege is expressly waived in writing by the parties, the mediator and the non-party; (b) it is a public document by virtue of the Evidence Act 1950 [Act 56]; (c) it is a threat to inflict bodily injury or commit a crime; (d) it is used or intended to be used to plan a crime, attempt to commit or commit a crime, or to conceal a crime or criminal activity or an ongoing crime or ongoing criminal activity; (e) it is sought or offered to prove or disprove a claim or complaint of professional misconduct or malpractice filed against a mediator; or (f) it is sought or offered to prove or disprove a claim or complaint of professional misconduct or malpractice filed against a party, non-party, or representative of a party based on their conduct during any mediation session.

Malay text (authoritative)

Perlindungan

(1) Apa-apa komunikasi pengantaraan dilindungi dan tidak tertakluk kepada penzahiran atau tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding. (2) Walau apa pun subseksyen (1), komunikasi pengantaraan tidak dilindungi jika— (a) perlindungan itu diketepikan dengan nyata secara bertulis oleh pihak-pihak, pengantara dan bukan pihak; (b) ia dokumen awam menurut Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; (c) ia ugutan untuk menyebabkan kecederaan tubuh badan atau untuk melakukan jenayah; (d) ia digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi merancang jenayah, cubaan melakukan atau melakukan jenayah, atau bagi menyembunyikan jenayah atau kegiatan jenayah atau jenayah atau kegiatan jenayah yang sedang dilakukan; (e) ia diperoleh atau ditawarkan untuk membuktikan atau membuktikan sebaliknya sesuatu dakwaan atau aduan mengenai salah laku atau amalan salah berkaitan dengan profesion yang difailkan terhadap pengantara; atau (f) ia diperoleh atau ditawarkan untuk membuktikan atau membuktikan sebaliknya sesuatu dakwaan atau aduan mengenai salah laku atau amalan salah berkaitan dengan profesion yang difailkan terhadap sesuatu pihak, bukan pihak, atau wakil pihak berdasarkan kelakuannya semasa mana-mana sesi pengantaraan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 749 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next