My bookmarksSign up free
← Mediation Act 2012

Mediation Act 2012 s 3

Mediation Act 2012 s 3

s 3 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “non-party” means a person who participates in a mediation, other than a party or mediator, and includes counsels of each party, experts in the subject matter of a dispute and witnesses; “institution” means a body or organization that provides mediation services; “mediation communication” means an oral or written statement made— (a) during a mediation; (b) in relation to a mediation; or (c) for the purposes of considering, conducting, participating in, commencing, continuing, reconvening or concluding a mediation or retaining a mediator; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for legal affairs; “mediator” means a mediator appointed by the parties under section 7; “mediation” means a voluntary process in which a mediator facilitates communication and negotiation between parties to assist the parties in reaching an agreement regarding a dispute; “mediation agreement” means the agreement referred to in section 6; “settlement agreement” means the agreement referred to in section 13; “party” means a party to a mediation agreement and includes the Federal Government and a State Government; “proceedings” means any proceedings of a civil nature and includes an application at any stage of proceedings.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bukan pihak” ertinya seseorang yang menyertai pengantaraan, selain seseorang pihak atau pengantara, dan termasuklah peguam setiap pihak, pakar dalam hal perkara sesuatu pertikaian dan saksi; “institusi” ertinya sesuatu badan atau organisasi yang mengadakan khidmat pengantaraan; “komunikasi pengantaraan” ertinya suatu pernyataan lisan atau bertulis yang dibuat— (a) semasa pengantaraan; (b) berhubung dengan pengantaraan; atau (c) bagi maksud mempertimbangkan, menjalankan, menyertai, memulakan, meneruskan, mengadakan semula atau mengakhiri pengantaraan atau mengambil khidmat pengantara; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang; “pengantara” ertinya pengantara yang dilantik oleh pihak-pihak di bawah seksyen 7; “pengantaraan” ertinya suatu proses secara sukarela apabila seseorang pengantara memudahkan komunikasi dan perundingan antara pihak-pihak bagi membantu pihak-pihak itu untuk mencapai persetujuan berkenaan dengan sesuatu pertikaian; “perjanjian pengantaraan” ertinya perjanjian yang disebut dalam seksyen 6; “perjanjian penyelesaian” ertinya perjanjian yang disebut dalam seksyen 13; “pihak” ertinya suatu pihak kepada perjanjian pengantaraan dan termasuklah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri; “prosiding” ertinya apa-apa prosiding daripada jenis sivil dan termasuklah permohonan pada mana-mana peringkat prosiding.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 749 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next