My bookmarksSign up free
← Rukun Tetangga Act 2012

Rukun Tetangga Act 2012 s 2

Rukun Tetangga Act 2012 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “Rukun Tetangga Area Committee” means the Rukun Tetangga Area Committee appointed under section 7; “Rukun Tetangga Coordinating and Advisory Committee” means the Rukun Tetangga Coordinating and Advisory Committee established under section 14; “Area” means the Rukun Tetangga Area designated by the Director General under section 5; “Director General” means the Director General of Rukun Tetangga appointed under subsection 3(1); “employer” means a person or body of persons, whether corporate or unincorporate, who hires or engages the services of a person or persons for wages or salary under a contract of employment, and includes the Government of Malaysia, State Governments and any statutory or local authority; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for Rukun Tetangga; “employee” means a person who is a citizen and is hired or engaged by an employer for wages or salary, whether or not falling within the definition in the Employment Act 1955 [Act 265], Sabah Labour Ordinance [Cap. 67] or Sarawak Labour Ordinance [Cap. 76], and includes any person holding any office in any public service and statutory or local authority; “resident” means any person who ordinarily resides in an Area and includes a person who has been residing continuously in an Area for a period exceeding thirty days; “Director” means the Director of Rukun Tetangga and includes Director General of Rukun Tetangga, Deputy Director General of Rukun Tetangga, Deputy Director of Rukun Tetangga and Assistant Director of Rukun Tetangga appointed by the Minister under subsection 3(2); “Area Centre” means any premises provided by the Director General under section 6; “Voluntary Patrolling Scheme” means a scheme approved by the Director General under section 15.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga” ertinya Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah seksyen 7; “Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga” ertinya Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga yang ditubuhkan di bawah seksyen 14; “Kawasan” ertinya Kawasan Rukun Tetangga yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 5; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 3(1); “majikan” ertinya orang atau kumpulan orang, sama ada pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, yang mengupah atau mengambil perkhidmatan seseorang atau orang bagi upah atau gaji di bawah kontrak pekerjaan, dan termasuklah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri dan mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Rukun Tetangga; “pekerja” ertinya seseorang yang merupakan seorang warganegara dan diupah atau diambil oleh seseorang majikan untuk upah atau gaji, sama ada atau tidak termasuk dalam takrif dalam Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76], dan termasuklah mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “pemastautin” ertinya mana-mana orang yang biasanya bermastautin di dalam suatu Kawasan dan termasuklah seseorang yang telah bermastautin di dalam suatu Kawasan secara berterusan bagi suatu tempoh yang melebihi tiga puluh hari; “Pengarah” ertinya Pengarah Rukun Tetangga dan termasuklah Ketua Pengarah Rukun Tetangga, Timbalan Ketua Pengarah Rukun Tetangga, Timbalan Pengarah Rukun Tetangga dan Penolong Pengarah Rukun Tetangga yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 3(2); “Pusat Kawasan” ertinya mana-mana premis yang disediakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 6; “Skim Rondaan Sukarela” ertinya suatu skim yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 15.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 751 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 August 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next