s 2 Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anggota RELA” ertinya seseorang anggota sukarelawan yang telah didaftarkan sebagai anggota RELA di bawah subseksyen 7(1); Undang-Undang Malaysia AKTA 752 “kenderaan motor” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah RELA yang dilantik di bawah subseksyen 4(1); “khidmat masyarakat” ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam pada amnya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi RELA; “Pasukan Sukarelawan Malaysia” atau “RELA” ertinya pasukan sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Akta ini; “pegawai RELA” ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai seorang pegawai RELA di bawah subseksyen 4(1) dan (2); “warden lalu lintas” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987.