My bookmarksSign up free
← International Transfer of Prisoners Act 2012

International Transfer of Prisoners Act 2012 s 4

International Transfer of Prisoners Act 2012 s 4

s 4 Order of the Minister

(1) The Minister may, by order to be published in the Gazette, declare a foreign State to be a prescribed foreign State if there is in force a treaty or other agreement between Malaysia and that foreign State, under which that foreign State has agreed to provide for the transfer of prisoners to and from Malaysia. (2) An order under this section may provide that the provisions of this Act shall apply to the foreign State subject to such restrictions, limitations, exceptions, modifications, adaptations, conditions or qualifications as are specified in the order, and in that event the provisions of this Act shall apply accordingly. (3) An order made under this section shall be conclusive evidence that the treaty or other agreement referred to in the order complies with this Act, and that this Act applies to the prescribed foreign State referred to in the order. (4) The validity of the order made under this section shall not be questioned in any legal proceedings. (5) The Minister may by a subsequent order vary or revoke any order previously made under this section.

Malay text (authoritative)

Perintah Menteri

(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan suatu Negara asing sebagai Negara asing yang ditetapkan jika terdapat suatu triti atau perjanjian lain yang berkuat kuasa antara Malaysia dan Negara asing itu, yang di bawahnya Negara asing itu telah bersetuju untuk mengadakan peruntukan tentang pemindahan banduan ke dan dari Malaysia. (2) Perintah di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Negara asing itu tertakluk kepada apa-apa sekatan, had, kecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan dalam keadaan itu peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya. (3) Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa triti atau perjanjian lain yang disebut dalam perintah itu mematuhi Akta ini, dan bahawa Akta ini adalah terpakai bagi Negara asing yang ditetapkan yang disebut dalam perintah itu. (4) Kesahan perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana prosiding undang-undang. (5) Menteri boleh melalui suatu perintah kemudiannya mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat sebelum ini di bawah seksyen ini.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part I β†’

Find Act 754 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next