My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 1

Strata Management Act 2013 s 1

s 1 Short title, application and commencement

(1) This Act may be cited as the Strata Management Act 2013. (2) This Act applies only to Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan. (3) This Act shall come into operation in each State on such date as may be appointed by the Minister, after consultation with the State Authority of that State, by notification in the Gazette, and the Minister may, after consultation with the State Authority, appoint different dates— (a) for the coming into operation of this Act in different local authority areas or parts of local authority areas; and (b) for the coming into operation of different provisions of this Act in different local authority areas or parts of local authority areas. (4) This Act shall come into operation in the Federal Territory of Kuala Lumpur, the Federal Territory of Labuan and the Federal Territory of Putrajaya on a date to be appointed by the Minister responsible for the Federal Territory of Kuala Lumpur, the Federal Territory of Labuan and the Federal Territory of Putrajaya by notification in the Gazette. (5) Notwithstanding subsection (3), the State Authority may, by notification in the Gazette, extend any of the provisions of this Act to apply to the whole or any part of any area within the State which is not under any local authority area, and may make such modifications, amendments or variations to the provisions of this Act as may be necessary for the purpose of their application to such area. (6) Notwithstanding subsection (3), the State Authority may, by notification in the Gazette, exempt any part of any local authority area from any or all the provisions of this Act or any regulations made under this Act. (7) The State Authority may, if in its opinion it would not be contrary to the public interest and the interest of the purchasers to do so, suspend the operation of this Act or any provision of this Act in any local authority area or any part of any local authority area or any other area for such period as it deems fit. (8) In this Act, references to the State Authority in relation to the Federal Territory of Kuala Lumpur, the Federal Territory of Labuan and the Federal Territory of Putrajaya shall be construed as references to the Minister responsible for the Federal Territory of Kuala Lumpur, the Federal Territory of Labuan and the Federal Territory of Putrajaya.

Malay text (authoritative)

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Strata 2013. (2) Akta ini hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. (3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di setiap Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri bagi Negeri itu, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan— (a) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan; dan (b) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan. (4) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya melalui pemberitahuan dalam Warta. (5) Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memperluas manamana peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan di dalam Negeri itu yang tidak berada di bawah mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan, dan boleh membuat apa-apa ubah suaian, pindaan atau pengubahan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu bagi maksud pemakaiannya bagi kawasan itu. (6) Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (7) Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika pada pendapatnya ia tidak akan berlawanan dengan kepentingan awam dan kepentingan pembeli untuk berbuat demikian, menggantung kuat kuasa Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini di dalam mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana kawasan lain selama apa-apa tempoh yang difikirkannya patut. (8) Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next