My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 133

Strata Management Act 2013 s 133

s 133 Obstruction

A person who— (a) refuses the Commissioner or any authorized officer access to any premises which the Commissioner or authorized officer is entitled to have under this Act or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; (b) assaults, obstructs, hinders or delays the Commissioner or any authorized officer in effecting any entry which the Commissioner or authorized officer is entitled to effect under this Act or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act; or (c) refuses to give the Commissioner or any authorized officer any information relating to an offence or suspected offence under this Act or its subsidiary legislation or any other information which may reasonably be required of him and which he has in his knowledge or power to give, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Halangan

Seseorang yang— (a) enggan memberikan Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; (b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang Pesuruhjaya atau pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau (c) enggan memberi Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau apa-apa maklumat lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next