My bookmarksSign up free
← Strata Management Act 2013

Strata Management Act 2013 s 78

Strata Management Act 2013 s 78

s 78 Procedure for recovery of sums due

(1) Where a sum becomes recoverable by a management corporation by virtue of subsection 52(4), 60(4), 60(5), 61(4), 61(5) or 77(3), or by a subsidiary management corporation by virtue of subsection 68(4), from a proprietor under this Act, the management corporation or the subsidiary management corporation, as the case may be, may serve on the proprietor a written notice demanding payment of the sum due within the period as may be specified in the notice which shall not be less than two weeks from the date of service of the notice. (2) If any sum remains unpaid by the proprietor at the end of the period specified in the notice under subsection (1), the management corporation or the subsidiary management corporation, as the case may be, may file a summons or claim in a court of competent jurisdiction or before the Tribunal for the recovery of the said sum or, as an alternative to recovery under this section, resort to recovery under section 79. (3) Any proprietor who, without reasonable excuse, fails to comply with the written notice under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding fifty ringgit for every day or part thereof during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar

(1) Jika suatu jumlah wang menjadi boleh didapatkan oleh perbadanan pengurusan menurut kuasa subseksyen 52(4), 60(4), 60(5), 61(4), 61(5) atau 77(3), atau oleh perbadanan pengurusan subsidiari menurut kuasa subseksyen 68(4), daripada seorang pemilik di bawah Akta ini, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemilik yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh kurang daripada dua minggu dari tarikh penyampaian notis itu. (2) Jika mana-mana jumlah wang itu masih tidak dibayar oleh pemilik pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1), perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memfailkan suatu saman atau tuntutan dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau di hadapan Tribunal untuk mendapatkan wang itu atau, sebagai alternatif kepada mendapatkan wang di bawah seksyen ini, menggunakan cara mendapatkan wang di bawah seksyen 79. (3) Mana-mana pemilik yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 5 →

Find Act 757 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next