Financial Services Act 2013 s 110
s 110 Application to be financial holding company
(1) Any company which has to obtain the prior written approval of the Minister under section 87 to hold an aggregate interest in shares of more than fifty per cent in a licensed person shall submit an application to the Bank for it to be approved as a financial holding company.
(2) A company referred to in subsection (1) may propose another company within its corporate group to be approved as a financial holding company if it can be shown that the proposed company is in a position to have control over the licensed person and its proposed financial group.
(3) A person, other than a foreign institution or a company referred to in subsections (1) and (2), which is required to obtain the prior written approval of the Minister under section 87 to hold an aggregate interest in shares of more than fifty per cent in a licensed person shall propose a company within its corporate group which will have control over a licensed person and such proposed company shall submit to the Bank an application to be approved as a financial holding company.
Malay text (authoritative)
Permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan
(1) Mana-mana syarikat yang perlu mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu Menteri di bawah seksyen 87 untuk memegang suatu agregat kepentingan dalam syer yang melebihi lima puluh peratus dalam orang berlesen hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Bank baginya untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.
(2) Syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) boleh mencadangkan syarikat lain dalam kumpulan perbadanannya untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan sekiranya ia dapat menunjukkan bahawa syarikat yang dicadangkan itu dalam kedudukan untuk mempunyai kawalan atas orang berlesen dan kumpulan kewangan yang dicadangkannya.
(3) Seseorang, selain institusi asing atau syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), yang dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis terdahulu Menteri di bawah seksyen 87 untuk memegang suatu agregat kepentingan dalam syer yang melebihi lima puluh peratus dalam orang berlesen hendaklah mencadangkan suatu syarikat dalam kumpulan perbadanannya yang akan mempunyai kawalan atas orang berlesen dan syarikat yang dicadangkan itu hendaklah mengemukakan kepada Bank suatu permohonan untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.
Read this section in the full act β Β· Open Part VII β
Find Act 758 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).