Financial Services Act 2013 s 112
s 112 Approval of application as financial holding company under section 110 or 111
(1) An application to be a financial holding company under section 110 or 111, as the case may be, shall be submitted to the Bank together with such documents or information as may be specified by the Bank.
(2) In assessing an application under section 110 or 111 for an applicant company to be approved as a financial holding company submitted under subsection (1), the Bank shall have regard to all matters that the Bank considers relevant including the factors set out in Schedule 6 and any standards specified by the Bank under subsection 91(1).
(3) Where the Bank is satisfied that such matters referred to in subsection (2) have been fulfilled by the applicant, the Bank may approve an application made pursuant to section 110 or 111, as the case may be, with or without conditions, or reject such application.
(4) The Bank may, at any time, in writing amend or revoke any existing condition of approval of a financial holding company under subsection (3) or impose any new condition thereto and such conditions shall not have retrospective effect.
(5) The Bank shall notify the applicant of its decision under subsection (3) in writing.
Malay text (authoritative)
Kelulusan permohonan sebagai syarikat pemegangan kewangan di bawah seksyen 110 atau 111
(1) Suatu permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan di bawah seksyen 110 atau 111, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dikemukakan kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(2) Dalam menilai suatu permohonan di bawah seksyen 110 atau 111 bagi syarikat pemohon untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah mengambil kira semua perkara yang pada pendapat Bank berkaitan termasuk faktor yang dinyatakan dalam Jadual 6 dan mana-mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 91(1).
(3) Jika Bank berpuas hati bahawa apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (2) telah pun dipenuhi oleh pemohon itu, Bank boleh meluluskan suatu permohonan yang dibuat menurut seksyen 110 atau 111, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.
(4) Bank boleh, pada bila-bila masa, secara bertulis meminda atau membatalkan apa-apa syarat kelulusan sedia ada syarikat pemegangan kewangan di bawah subseksyen (3) atau mengenakan apa-apa syarat baru padanya dan syarat itu tidaklah mempunyai kesan kuat kuasa ke belakang.
(5) Bank hendaklah memberitahu pemohon itu keputusannya secara bertulis di bawah subseksyen (3).
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).