My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 116

Financial Services Act 2013 s 116

s 116 Power to issue directions to financial holding company and subsidiaries

(1) The Bank may issue one or more of the directions specified in subsection (2) or (3), if the Bank is of the opinion that— (a) the financial holding company, its subsidiary or director, chief executive officer or senior officer of such financial holding company or such subsidiary— (i) is committing or is about to commit an act, or is pursuing or is about to pursue any course of conduct or carrying on its business, in a manner that is detrimental to the safety and soundness of a licensed person; (ii) has failed to comply with any standards, notice, condition, specification, requirement, restriction, direction or code specified, issued or made under this Act or a direction under subsection 214(6) or section 216 regardless that there has been no prosecution or other action in respect of such noncompliance; or (iii) has breached or contravened any provision of this Act which is applicable to such financial holding company or any of its subsidiaries, the Central Bank of Malaysia Act 2009 or any written law, other than securities laws as defined in the Securities Commission Act 1993, regardless that there has been no prosecution or other action in respect of such breach or contravention; or (b) any state of affairs exist in respect of a financial group that may directly or indirectly affect the safety and soundness of a licensed person. (2) Subject to section 262, the Bank may issue a direction in writing to a financial holding company, any of its subsidiaries or a director or chief executive officer of such financial holding company or such subsidiary, to cease or refrain from committing an act or pursuing a course of conduct or to do any act, in relation to its business, affairs or property if the Bank is of the opinion that it is necessary to remedy any of the circumstances in subsection (1). (3) Without limiting the generality of subsection (2) and subject to section 262, a direction under subsection (2) may include any one or more of the following directions: (a) to vary or terminate any agreement or arrangement other than any qualified financial agreement entered into by the financial holding company or any of its subsidiaries with any person in relation to its business, affairs or property; (b) to dispose of all or any of the investments or assets held by the financial holding company or any of its subsidiaries in any body corporate; (c) to prohibit the financial holding company or any of its subsidiaries from carrying on any part of its business; (d) to prohibit the financial holding company or any of its subsidiaries from entering into any other transaction or class of transactions, or to enter into it subject to such restrictions or conditions as may be specified by the Bank; or (e) with respect to a financial holding company, to increase its capital to such amount as may be specified by the Bank.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari

(1) Bank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau (3), sekiranya pada pendapat Bank bahawa— (a) syarikat pemegangan kewangan itu, subsidiarinya atau pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu— (i) melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan atau menjalankan perniagaannya, dengan cara yang memudaratkan keselamatan dan kekukuhan orang berlesen; (ii) telah gagal untuk mematuhi mana-mana standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216 tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu; atau (iii) telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau (b) mana-mana keadaan yang wujud berkenaan dengan kumpulan kewangan yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada keselamatan atau kekukuhan orang berlesen. (2) Tertakluk kepada seksyen 262, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada syarikat pemegangan kewangan, mana-mana subsidiarinya atau pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu, untuk terhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau melakukan apa-apa perbuatan, berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat Bank bahawa ia perlu untuk memperbetulkan mana-mana hal keadaan dalam subseksyen (1). (3) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2) dan tertakluk kepada seksyen 262, suatu arahan di bawah subseksyen (2) boleh termasuk mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut: (a) untuk mengubah atau menamatkan apa-apa perjanjian atau perkiraan selain apa-apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya dengan mana-mana orang berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya; (b) untuk melupus semua atau mana-mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya dalam mana-mana pertubuhan perbadanan; (c) untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya daripada menjalankan manamana bahagian perniagaannya; (d) untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya daripada membuat apaapa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuat transaksi tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau (e) berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan, untuk menaikkan modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next