Financial Services Act 2013 s 119
s 119 Additional provisions relating to paragraph 116(3)(e)
(1) A direction issued pursuant to paragraph 116(3)(e) may direct the financial holding company to issue shares or other capital instruments of a kind specified in the direction.
(2) Where the financial holding company issues shares or other capital instruments in compliance with a direction pursuant to subsection (1), the financial holding company shall give a notice in writing to the members of the financial holding company, to subscribe to the shares or other capital instruments within the period specified in the notice.
(3) Where a member of the financial holding company does not subscribe to the shares or other capital instruments within the period specified in the notice given by the financial holding company pursuant to subsection (2), the Bank may issue a further direction pursuant to subsection 116(2) to the financial holding company requiring the financial holding company to allot the shares or other capital instruments to a person determined by the Bank.
Malay text (authoritative)
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan perenggan 116(3)(e)
(1) Suatu arahan yang dikeluarkan menurut perenggan 116(3)(e) boleh mengarahkan syarikat pemegangan kewangan itu untuk menerbitkan syer atau instrumen modal lain dalam jenis yang ditentukan dalam arahan itu.
(2) Jika syarikat pemegangan kewangan itu menerbitkan syer atau instrumen modal lain yang mematuhi suatu arahan menurut subseksyen (1), syarikat pemegangan kewangan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada anggota syarikat pemegangan kewangan itu, bagi melanggan syer itu atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
(3) Jika anggota syarikat pemegangan kewangan itu tidak melanggan syer atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang diberikan oleh syarikat pemegangan kewangan itu menurut subseksyen (2), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan lanjut menurut subseksyen 116(2) kepada syarikat pemegangan kewangan itu untuk menghendaki syarikat pemegangan kewangan itu menguntukkan syer atau instrumen modal lain itu kepada orang yang diputuskan oleh Bank.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).