For the purposes of this Division, Division 2 and Schedule 7—
“eligible complainant” means any person who is eligible to refer a dispute to a financial ombudsman scheme in accordance with the terms of reference of the scheme;
“financial consumer” means any person who uses, has used or may be intending to use, any financial service or product—
(a) for personal, domestic or household purposes;
(b) in connection with a small business as may be specified by the Bank under section 123; or
(c) whether or not for the purposes set out in paragraph (a) or (b), if—
(i) the value of the financial services or products does not exceed an amount as may be specified by the Bank under section 123; or
(ii) such person is of a class, category or description of persons as may be specified by the Bank under section 123;
“financial ombudsman scheme” means a scheme for the resolution of disputes between an eligible complainant and a financial service provider in respect of financial services or products;
“financial services or products” means financial services or financial products developed, offered or marketed, by a financial service provider or for and on behalf of another person by a financial service provider;
“financial service provider” means an authorized person or a registered person but excludes an approved money-broker.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Bagi maksud Penggal ini, Penggal 2 dan Jadual 7—
“pengadu yang layak” ertinya mana-mana orang yang layak untuk merujuk suatu pertikaian kepada skim ombudsman kewangan mengikut terma rujukan skim itu;
“pengguna kewangan” ertinya mana-mana orang yang menggunakan, telah menggunakan atau mungkin bercadang untuk menggunakan, apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan—
(a) bagi maksud persendirian, domestik atau rumah;
(b) berkaitan dengan suatu perniagaan kecil sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 123; atau
(c) sama ada atau tidak bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau (b), sekiranya—
(i) nilai perkhidmatan atau produk kewangan itu tidak melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 123; atau
(ii) orang itu adalah suatu golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 123;
“penyedia perkhidmatan kewangan” ertinya orang yang diberi kuasa atau orang berdaftar tetapi tidak termasuk broker wang yang diluluskan;
“perkhidmatan atau produk kewangan” ertinya perkhidmatan kewangan atau produk kewangan yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan, oleh penyedia perkhidmatan kewangan atau bagi dan bagi pihak seorang yang lain oleh penyedia perkhidmatan kewangan;
“skim ombudsman kewangan” ertinya suatu skim untuk menyelesaikan pertikaian antara seorang pengadu yang layak dan suatu penyedia perkhidmatan kewangan berkenaan dengan perkhidmatan atau produk kewangan.
Penggal 2
Pelakuan perniagaan, aduan, pertikaian, dsb.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).