My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 124

Financial Services Act 2013 s 124

s 124 Prohibited business conduct

(1) A financial service provider shall not engage in any prohibited business conduct set out in Schedule 7. (2) Without limiting the generality of section 266, the Bank may issue guidance in writing on— (a) descriptions of conduct which amount to; or (b) factors that are to be taken into account in determining whether a financial service provider has engaged in, any prohibited business conduct set out in Schedule 7. (3) Where the Bank issues guidance relating to prohibited business conduct set out in paragraphs 5 and 6 of Schedule 7, such guidance shall be issued in consultation with the Competition Commission. (4) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding ten million ringgit or to both. (5) In relation to any complaint from an aggrieved person involving the prohibited business conduct set out in paragraphs 5 and 6 of Schedule 7, the Bank shall refer such complaint to the Competition Commission.

Malay text (authoritative)

Pelakuan perniagaan dilarang

(1) Penyedia perkhidmatan kewangan tidak boleh terlibat dalam apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual 7. (2) Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 266, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai— (a) perihalan pelakuan yang menjadi; atau (b) faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada penyedia perkhidmatan kewangan telah terlibat dalam, apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual 7. (3) Jika Bank mengeluarkan panduan yang berhubungan dengan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 6 Jadual 7, panduan itu hendaklah dikeluarkan setelah berunding dengan Suruhanjaya Persaingan. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya. (5) Berhubungan dengan apa-apa aduan daripada seorang yang terkilan melibatkan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 6 Jadual 7, Bank hendaklah merujuk aduan itu kepada Suruhanjaya Persaingan.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next