My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 134

Financial Services Act 2013 s 134

s 134 Permitted disclosures

(1) A financial institution or any of its directors or officers may— (a) for such purpose or in such circumstances as set out in the first column of Schedule 11, disclose any document or information relating to the affairs or account of its customer to such persons specified in the second column of that Schedule; or (b) disclose any document or information relating to the affairs or account of its customer to any person where such disclosure is approved in writing by the Bank. (2) The financial institution or its directors or officers making a disclosure for the purposes or in such circumstances set out in Schedule 11 and paragraph (1)(b), shall be subject to such conditions as may be specified by the Bank. (3) For the purposes of subsection (2), the Bank may at any time amend or revoke any existing conditions or impose any new conditions in respect of permitted disclosures by the financial institutions set out in Schedule 11 or paragraph (1)(b). (4) Any person who receives any document or information relating to the affairs or account of a customer as permitted under subsection (1) shall not disclose such document or information to any other person. (5) In any proceedings under paragraph 3, 4, 5, 6 or 7 of the first column of Schedule 11 or circumstances approved by the Bank under paragraph (1)(b), where any document or information is likely to be disclosed in relation to a customer’s account, the court may, on its own motion, or on the application of a party to the proceedings or the customer to which the document or information relates— (a) order that the proceedings be held in camera and in such case, the document or information shall be secret as between the court and the parties thereto, and no such party shall disclose such document or information to any other person; and (b) make such further orders as it may consider necessary to ensure the confidentiality of the customer information. (6) Unless the court otherwise orders, no person shall publish the name, address or photograph of any parties to such proceedings as are referred in subsection (5), or any document or information likely to lead to the identification of the parties thereto, either during the currency of the proceedings or at any time after they have been concluded. (7) Any person who fails to comply with conditions imposed by the Bank pursuant to subsection (2) or (3) or contravenes subsection (4) or (6) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding ten million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Pendedahan yang dibenarkan

(1) Suatu institusi kewangan atau mana-mana pengarahnya atau pegawainya boleh— (a) untuk apa-apa maksud atau dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual 11, mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada mana-mana orang yang ditentukan dalam ruang kedua Jadual itu; atau (b) mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya itu kepada mana-mana orang jika pendedahan itu diluluskan secara bertulis oleh Bank. (2) Institusi kewangan itu atau pengarahnya atau pegawainya yang membuat pendedahan bagi maksud atau dalam mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual 11 dan perenggan (1)(b), hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (3) Bagi maksud subseksyen (2), Bank boleh pada bila-bila masa meminda atau membatalkan apa-apa syarat sedia ada atau mengenakan apa-apa syarat baru berkenaan dengan pendedahan yang dibenarkan oleh institusi kewangan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 11 atau perenggan (1)(b). (4) Mana-mana orang yang menerima apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain. (5) Dalam mana-mana prosiding di bawah perenggan 3, 4, 5, 6 atau 7 ruang pertama Jadual 11 atau hal keadaan yang diluluskan oleh Bank di bawah perenggan (1)(b), jika apa-apa dokumen atau maklumat berkemungkinan akan didedahkan yang berhubungan dengan akaun pelanggan, mahkamah boleh atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding itu atau pelanggan yang dokumen atau maklumat itu berhubungan— (a) memerintahkan supaya prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam hal itu, dokumen atau maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dan pihak padanya, dan tiada pihak pun boleh mendedahkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain; dan (b) membuat apa-apa perintah lanjut sebagaimana yang mahkamah berpendapat adalah perlu untuk memastikan kerahsiaan maklumat pelanggan itu. (6) Melainkan jika diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana pihak kepada prosiding itu sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (5), atau apa-apa dokumen atau maklumat bermungkinan membawa kepada pengenalpastian pihak padanya, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas prosiding itu tamat. (7) Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi syarat yang dikenakan oleh Bank menurut subseksyen (2) atau (3) atau melanggar subseksyen (4) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya. Penggal 5 Sekatan yang berhubungan dengan perlindungan pengguna

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next