(1) No person who has access to any document or information relating to the affairs or account of any customer of a financial institution, including—
(a) the financial institution; or
(b) any person who is or has been a director, officer or agent of the financial institution,
shall disclose to another person any document or information relating to the affairs or account of any customer of the financial institution.
(2) Subsection (1) shall not apply to any document or information relating to the affairs or account of any customer of a financial institution—
(a) that is disclosed to the Bank, any officer of the Bank or any person appointed under this Act or the Central Bank of Malaysia Act 2009 for the purposes of exercising any powers or functions of the Bank under this Act or the Central Bank of Malaysia Act 2009;
(b) that is in the form of a summary or collection of information set out in such manner as does not enable information relating to any particular customer of the financial institution to be ascertained from it; or
(c) that is at the time of disclosure is, or has already been made lawfully available to the public from any source other than the financial institution.
(3) No person who has any document or information which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection (1) shall disclose the same to any other person.
(4) Any person who contravenes subsection (1) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding ten million ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Kerahsiaan
(1) Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk—
(a) institusi kewangan itu; atau
(b) mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu,
boleh mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun manamana pelanggan institusi kewangan itu.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun manamana pelanggan institusi kewangan—
(a) yang didedahkan kepada Bank, mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009 bagi maksud melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsi Bank di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;
(b) yang berbentuk ringkasan atau himpunan maklumat yang dinyatakan dengan apa-apa cara yang tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana pelanggan tertentu institusi kewangan itu ditentukan daripadanya; atau
(c) yang pada masa pendedahan itu adalah, atau telah pun sedia ada dibuat menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain institusi kewangan itu.
(3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen atau maklumat yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh mendedahkannya kepada manamana orang lain.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).