My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 141

Financial Services Act 2013 s 141

s 141 Prohibited conduct in money market and foreign exchange market

(1) No person shall— (a) take part in or carry out a transaction that has or is likely to have the effect of creating a rate which is an offmarket rate which results in an artificial rate for dealing in financial instruments in the money market or foreign exchange market; (b) create, or cause to be created, or do anything that is calculated to create, a false or misleading appearance of active dealing in financial instruments in the money market or foreign exchange market; (c) make a statement, or disseminate information that is false or misleading in a material particular and is likely to induce another person to deal in financial instruments or is likely to have the effect of raising, lowering, maintaining or stabilising the market rate of such financial instruments in the money market or foreign exchange market and when the person makes the statement, or disseminates the information— (i) the person does not exercise due care whether the statement or information is true or false; or (ii) the person knows, or ought reasonably to have known, the statement or information is false or is materially misleading; (d) take part in or carry out a transaction based on information that is not generally available to persons who regularly deals in the money market or foreign exchange market that would, or would tend to, have a material effect on the price or value of financial instruments; or (e) engage in any other conduct relating to money market or foreign exchange market as may be prescribed by the Minister, on the recommendation of the Bank. (2) Without limiting the generality of section 266, the Bank may issue guidance in writing on— (a) descriptions of conduct which amount to; or (b) factors that are to be taken into account in determining whether a person has engaged in, any conduct set out in subsection (1). (3) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding fifty million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Pelakuan dilarang dalam pasaran wang dan pasaran pertukaran asing

(1) Tiada seorang pun boleh— (a) mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi yang telah atau bermungkinan mempunyai kesan yang mewujudkan suatu kadar yang bukan kadar pasaran yang mengakibatkan suatu kadar buatan bagi urus niaga instrumen kewangan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing; (b) mewujudkan, atau menyebabkan untuk diwujudkan, atau melakukan apa-apa jua yang dikira untuk mewujudkan, suatu gambaran palsu atau mengelirukan mengenai urus niaga aktif instrumen kewangan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing; (c) membuat suatu penyataan, atau menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam suatu butir material dan berkemungkinan mendorong orang lain untuk berurus niaga dalam instrumen kewangan atau berkemungkinan mempunyai kesan menaikkan, menurunkan, mengekalkan atau menstabilkan kadar pasaran instrumen kewangan itu dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing dan apabila orang itu membuat penyataan, atau menyebarkan maklumat itu— (i) orang itu tidak melaksanakan kecermatan sewajarnya sama ada penyataan atau maklumat itu adalah benar atau palsu; atau (ii) orang itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa penyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan secara material; (d) mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi berdasarkan maklumat yang tidak tersedia ada secara umum kepada orang yang berurus niaga secara tetap dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing yang akan, atau berkecenderungan untuk memberi suatu kesan material kepada harga atau nilai instrumen kewangan; atau (e) terlibat dalam apa-apa pelakuan lain yang berhubungan dengan pasaran wang atau pasaran pertukaran asing sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank. (2) Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 266, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai— (a) perihalan pelakuan yang menjadi; atau (b) faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada seseorang itu telah terlibat dalam, apa-apa pelakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1). (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next