(1) For the purposes of collating statistical or other information on financial intermediation or financial inclusion in Malaysia or for other purposes related to the regulatory objectives of this Act, the Bank may require any person to submit any document or information to the Bank.
(2) Subject to section 145, the Bank shall not disclose to any person any document or information submitted under subsection (1) unless such disclosure is in summary or consolidated form and does not in any manner lead to the identification of any person to which such document or information relates.
Malay text (authoritative)
Pengemukaan maklumat statistik, dsb.
(1) Bagi maksud mengumpul maklumat statistik atau maklumat lain mengenai pengantaraan kewangan atau rangkuman kewangan di Malaysia atau bagi maksud lain berhubung dengan objektif pengawalseliaan Akta ini, Bank boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat kepada Bank.
(2) Tertakluk kepada seksyen 145, Bank tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) melainkan jika pendedahan itu adalah dalam bentuk ringkasan atau gabungan dan tidak dalam apa-apa cara yang membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dokumen atau maklumat itu berhubungan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).