My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 148

Financial Services Act 2013 s 148

s 148 Examination of other persons

(1) The Bank may, for the purposes of an examination under section 146, examine— (a) a person who was at any time, a director or officer of a person referred to in subsection 146(1); (b) a person who is, or was at any time having dealings with a person referred to in subsection 146(1); or (c) a person whom the Bank believes to be acquainted with the facts and circumstances of the case, including the auditor of a person referred to in subsection 146(1), and that person shall give to the Bank such document, information or explanation as the Bank may require within such time as it may specify. (2) Any person falling under paragraph (1)(b), or an auditor referred to in paragraph (1)(c) shall not be liable for breach of a contract relating to, or duty of, confidentiality for giving a document, information or explanation under subsection (1). (3) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding eight years or to a fine not exceeding twentyfive million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan ke atas orang lain

(1) Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 146, memeriksa— (a) seseorang yang pernah pada bila-bila masa, pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam subseksyen 146(1); (b) seseorang yang ialah, atau pernah pada bila-bila masa mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam subseksyen 146(1); atau (c) seseorang yang Bank percaya mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu, termasuk juruaudit orang yang disebut dalam subseksyen 146(1), dan orang itu hendaklah memberikan kepada Bank dokumen, maklumat atau penjelasan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya. (2) Mana-mana orang yang tergolong di bawah perenggan (1)(b), atau juruaudit yang disebut dalam perenggan (1)(c) tidak bertanggungan bagi kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan suatu dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah subseksyen (1). (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next