My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 156

Financial Services Act 2013 s 156

s 156 Power to issue directions to institution

(1) Subject to section 262, the Bank may issue a direction in writing to the institution, its director, chief executive officer or senior officer, to cease or refrain from committing an act or pursuing a course of conduct or to do any act, in relation to its business, affairs or property if the Bank is of the opinion that it is necessary to remedy any of the circumstances in section 155. (2) Without limiting the generality of subsection (1), the direction under subsection (1) may include— (a) with respect to any institution, any one or more of the following directions: (i) to vary or terminate any agreement or arrangement other than any qualified financial agreement entered into by the institution with any person in relation to its business, affairs or property; (ii) to dispose of all or any of the investments or assets held by the institution in any body corporate; (iii) to prohibit the institution from carrying on any part of its business including, imposing any limitation on or prohibiting the giving of credit facilities, the making of investments, or in the case of a licensed bank or licensed investment bank, the acceptance of deposits, or in the case of a licensed insurer, the effecting of policies; or (iv) to prohibit the institution from entering into any other transaction or class of transactions, or to enter into it subject to such restrictions or conditions as may be specified by the Bank; (b) with respect to an institution which is a licensed person, to increase its capital to such amount as may be specified by the Bank; and (c) with respect to an institution which is an approved operator of a payment system, approved issuer of a designated payment instrument or operator of a designated payment system, any one or more of the following directions: (i) to make any modification to such payment system or payment instrument, as the case may be, including any operational arrangements; (ii) cease to issue the designated payment instrument; or (iii) cease to operate the designated payment system or a payment system set out in Division 1 of Part 1 of Schedule 1.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada institusi

(1) Tertakluk kepada seksyen 262, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya, untuk berhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau membuat apa-apa perbuatan, berhubungan dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat Bank bahawa adalah perlu untuk memperbetulkan apa-apa hal keadaan dalam seksyen 155. (2) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), arahan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk— (a) berkenaan dengan mana-mana institusi, mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut: (i) untuk mengubah atau menamatkan apa-apa perjanjian atau perkiraan selain apa-apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh institusi itu dengan mana-mana orang berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya; (ii) untuk melupuskan semua atau mana-mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh institusi itu dalam mana-mana pertubuhan perbadanan; (iii) untuk melarang institusi itu daripada menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya termasuk, mengenakan apa-apa had atas atau melarang pemberian kemudahan kredit, membuat pelaburan, atau dalam hal bank berlesen atau bank pelaburan berlesen, penyetujuterimaan deposit, atau dalam hal penanggung insurans berlesen, pelaksanaan polisi; atau (iv) untuk melarang institusi itu daripada membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuatnya tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; (b) b e r k e n a a n d e n g a n i n s t i t u s i y a n g i a l a h o r a n g berlesen, untuk menaikkan modalnya kepada apaapa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan (c) berkenaan dengan institusi yang ialah pengendali sistem pembayaran yang diluluskan, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, manamana satu atau lebih arahan yang berikut: (i) untuk membuat apa-apa ubah suaian kepada sistem pembayaran atau instrumen pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk apa-apa perkiraan pengendalian; (ii) berhenti mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan itu; atau (iii) berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Penggal 1 Bahagian 1 Jadual 1.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next