(1) Where control of the whole or part of the business, affairs or property of an institution has been assumed pursuant to an order under this Subdivision—
(a) the institution, its directors, chief executive officer and officers shall submit the whole or part of the business, affairs or property to such control and provide the Bank or the appointed person with such facilities, documents or information as may be required to facilitate the exercise of powers or performance of functions of the Bank or the appointed person under this Subdivision; and
(b) the Bank or the appointed person may require a person who has, at any time, been a director, chief executive officer or an officer of the institution to give the Bank or the appointed person any information relating to the business, affairs or property of the institution that the Bank or the appointed person requires.
(2) Any person who contravenes paragraph (1)(a) or fails to comply with the requirement under paragraph (1)(b) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding eight years or to a fine not exceeding twenty-five million ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Maklumat dan kemudahan
(1) Jika kawalan atas keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi telah diambilalih menurut suatu perintah di bawah Subpenggal ini—
(a) institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya dan pegawainya hendaklah menyerahkan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta kepada kawalan itu dan mengemukakan kepada Bank atau orang yang dilantik dengan apa-apa kemudahan, dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah Subpenggal ini; dan
(b) Bank atau orang yang dilantik boleh menghendaki seseorang yang telah, pada bila-bila masa, menjadi pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai institusi itu untuk memberi Bank atau orang yang dilantik apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu yang dikehendaki oleh Bank atau orang yang dilantik.
(2) Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau gagal untuk mematuhi kehendak di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).