(1) Upon assuming control of the whole or part of the business, affairs or property of the institution, the Bank or the appointed person shall take custody and control of the whole or part of the business, affairs or property of the institution, and shall manage the whole or such part of the business and affairs of the institution in the name and on behalf of that institution until the order is revoked by the Bank in writing.
(2) During the period an order under this Subdivision is in force, the functions, rights and privileges of—
(a) the directors and chief executive officer of the institution shall be suspended unless the Bank gives its approval in writing for any director to remain as director or the chief executive officer to continue in the employment of the institution on such terms and conditions as the Bank may determine; and
(b) such senior officers of the institution as may be specified by the Bank, shall be suspended.
(3) The Bank or the appointed person shall be vested with such powers and functions of the institution and its board of directors, under its constituent documents or exercisable by the institution or its directors under any written law regardless whether the powers are exercisable by resolution or in any other manner whatsoever.
(4) The Bank or the appointed person, in effecting any action under this Subdivision, shall not be required to notify or obtain the approval of the members or creditors of the institution in a
general meeting or otherwise notwithstanding any contract or law including without limitation to sections 132c, 132d and 132e of the Companies Act 1965 or anything in its constituent documents.
(5) The Bank or the appointed person may alter the constituent documents of the institution or other arrangements for governance if the alteration is necessary to facilitate the exercise of powers or performance of functions of the Bank or the appointed person under this Subdivision, in relation to the institution.
(6) The Bank or the appointed person may sell or otherwise dispose of the whole or part of the business or property of the institution, on any terms and conditions determined by the Bank.
(7) Sections 99, 100 and 101 shall not apply to any sale or disposal of the whole or part of the business or property under subsection (6).
Malay text (authoritative)
Kesan pengambilalihan kawalan
(1) Apabila mengambil alih kawalan atas keseluruhan atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu, Bank atau orang yang dilantik hendaklah mengambil jagaan dan kawalan atas semua atau sebahagian perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu dan hendaklah menguruskan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan dan hal ehwal insitusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu sehingga perintah itu dibatalkan oleh Bank secara bertulis.
(2) Semasa tempoh suatu perintah di bawah Subpenggal ini berkuat kuasa, fungsi, hak dan keistimewaan—
(a) pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi itu hendaklah tergantung melainkan jika Bank memberikan kelulusannya secara bertulis kepada mana-mana pengarah supaya kekal sebagai pengarah atau ketua pegawai eksekutif untuk terus dalam pekerjaan dengan institusi itu atas terma dan syarat sebagaimana yang diputuskan oleh Bank; dan
(b) mana-mana pegawai kanan institusi itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, hendaklah digantung.
(3) Bank atau orang yang dilantik hendaklah diletak hak dengan apa-apa kuasa dan fungsi institusi itu dan lembaga pengarahnya, di bawah dokumen konstituennya atau yang boleh dilaksanakan oleh institusi itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undangundang bertulis tidak kira sama ada kuasa boleh dilaksanakan melalui ketetapan atau dalam apa-apa jua cara lain.
(4) Bank atau orang yang dilantik, dalam memberi kesan atas apa-apa tindakan di bawah Subpenggal ini, tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan anggota atau pemiutang institusi itu dalam suatu mesyuarat agong atau sebaliknya walau apa pun mana-mana kontrak atau undang-undang termasuklah tanpa mengehadkan seksyen 132c, 132d atau 132e Akta Syarikat 1965 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituennya.
(5) Bank atau orang yang dilantik boleh mengubah dokumen konstituen institusi itu atau perkiraan lain bagi tadbir urus jika pengubahan itu perlu untuk memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Bank atau orang yang dilantik di bawah Subpenggal ini, berhubungan dengan institusi itu.
(6) Bank atau orang yang dilantik boleh menjual atau selainnya melupuskan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta institusi itu, atas apa-apa terma dan syarat yang diputuskan oleh Bank.
(7) Seksyen 99, 100 dan 102 tidak terpakai bagi apa-apa penjualan atau pelupusan keseluruhan atau sebahagian perniagaan atau harta di bawah subseksyen (6).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).