My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 209

Financial Services Act 2013 s 209

s 209 Qualified financial agreement

(1) For the purposes of this section, “institution” refers to a licensed person, an approved issuer of a designated payment instrument or operator of a designated payment system. (2) The parties under a qualified financial agreement may continue to enforce their rights under the qualified financial agreement and shall not be affected by— (a) the assumption of control of a licensed person or an operator of a designated payment system pursuant to section 167; (b) the appointment of a receiver and manager of the business, affairs or property of any institution pursuant to section 172; or (c) the making of an order for the compulsory transfer of the business, assets or liabilities of a licensed person pursuant to section 176, except during such period as may be prescribed in regulations made under section 260 upon the commencement of the assumption of control or the appointment of a receiver and manager. (3) Where a qualified financial agreement is transferred to any person pursuant to the exercise of the powers under subsection 168(6) or section 174 or to a bridge institution or any other person under section 176— (a) the acquiring person or bridge institution shall assume all the rights and obligations under such qualified financial agreement of the institution from which such agreement was transferred; and (b) the enforcement by the parties of their rights under such qualified financial agreement shall be in accordance with the terms of such agreement as if the acquiring person or bridge institution had always been a party to such agreement. (4) If the qualified financial agreement is not transferred to a bridge institution or another person, the parties to such qualified financial agreement shall be entitled to enforce their rights under such agreement at the expiry of the period referred to in subsection (2). (5) Where the qualified financial agreement of an institution is transferred to an acquiring person or a bridge institution during the period prescribed by the Bank under subsection (2), and where a person is a counterparty to two or more qualified financial transactions under that agreement with the same institution, all or none of such qualified financial transactions shall be transferred to the acquiring person or bridge institution. (6) If a qualified financial agreement relating to financial collateral that applies to any property of the institution is transferred, that property shall also be transferred to the acquiring person or bridge institution.

Malay text (authoritative)

Perjanjian kewangan yang layak

(1) Bagi maksud seksyen ini, “institusi” merujuk kepada orang berlesen, pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan. (2) Pihak-pihak di bawah perjanjian kewangan yang layak boleh meneruskan penguatkuasaan haknya di bawah perjanjian kewangan yang layak itu dan tidak terjejas oleh— (a) pengambilalihan kawalan orang berlesen atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan menurut seksyen 167; (b) pelantikan penerima dan pengurus perniagaan, hal ehwal atau harta mana-mana institusi menurut seksyen 172; atau (c) pembuatan suatu perintah bagi pemindahan wajib perniagaan, aset atau liabiliti orang berlesen mengikut seksyen 176, kecuali semasa apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 260 apabila pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima atau pengurus bermula. (3) Jika perjanjian kewangan yang layak dipindahkan kepada mana-mana orang menurut pelaksanaan kuasa di bawah subseksyen 168(6) atau seksyen 174 atau institusi perantaraan atau mana-mana orang lain di bawah seksyen 176— (a) orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu hendaklah mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian kewangan yang layak institusi itu yang daripada perjanjian itu dipindahkan; dan (b) penguatkuasaan oleh pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah-olah orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian sedemikian. (4) Sekiranya perjanjian kewangan yang layak tidak dipindahkan kepada institusi perantaraan atau orang lain, pihak-pihak kepada perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah berhak untuk menguatkuasakan haknya di bawah perjanjian itu pada habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (2). (5) Jika perjanjian kewangan yang layak institusi dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu semasa tempoh yang ditetapkan oleh Bank di bawah subseksyen (2), dan jika orang itu ialah seorang pihak balas kepada dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah perjanjian itu dengan institusi yang sama, semua atau tiada satu pun transaksi kewangan yang layak itu hendaklah dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu. (6) Sekiranya perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi apa-apa harta institusi itu dipindahkan, harta itu hendaklah juga dipindahkan kepada orang atau institusi perantaraan yang memperoleh itu.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next