My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 227

Financial Services Act 2013 s 227

s 227 Requirement to provide translation

(1) Where an investigating officer finds, seizes, detains or takes possession of any computer, computer output, system, data, books, document or information, in the exercise of any power under this Part, and such books, other document or information or any part thereof is in a language other than the national language or the English language, or in any sign or code, the investigating officer may, orally or in writing, require the person who had the possession, custody or control of such computer, computer output, system, data, books, document or information, to furnish to the investigating officer a translation in the national language or the English language of such computer output, system, data, books, document or information within such reasonable period as the investigating officer may specify, having regard to the length of the computer output, system, data, books, document or information, or other circumstances relating to it. (2) No person shall knowingly furnish a translation under subsection (1) which is not an accurate, faithful and true translation, or knowingly make a translation under that subsection which is not accurate, faithful and true. (3) Where the person required to furnish a translation under subsection (1) is not the person who is suspected to have committed the offence or breach under investigation, the Bank shall pay him reasonable fees for the translation. (4) Any person who contravenes subsection (1) or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding one year or to a fine not exceeding five million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Kehendak menyediakan terjemahan

(1) Jika seorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, dalam melaksanakan mana-mana kuasa di bawah Bahagian ini, dan buku itu, dokumen atau maklumat lain atau mana-mana bahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal komputer, output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu, untuk memberi kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris mengenai output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat itu dalam apa-apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang pegawai penyiasat itu boleh tentukan, dengan mengambil kira panjang output komputer, sistem, data, buku, dokumen atau maklumat, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya. (2) Tiada seorang pun boleh dengan pengetahuannya memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau dengan pengetahuannya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, jujur dan benar. (3) Jika orang yang dikehendaki untuk memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki melakukan kesalahan atau kemungkiran di bawah penyiasatan, Bank hendaklah membayar kepadanya fi yang munasabah bagi terjemahan itu. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next