My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 23

Financial Services Act 2013 s 23

s 23 Effect of revocation, deregistration, surrender, notification on cessation of business or operations, and expiry

(1) Where— (a) the Minister revokes a licence of a licensed person under section 20; (b) the Bank— (i) revokes an approval of an approved representative office under subsection 19(6) or (7) or an approved person under section 20; or (ii) deregisters a registered person under section 21; (c) a surrender of a licence by a licensed person or notification by an approved person or registered person on the cessation of its business or an approved representative office on the cessation of its operations has taken effect under subsection 22(4); or (d) an approval granted to an approved person under section 11 has expired, such person or representative office shall immediately cease to carry on its business or operations, as the case may be. (2) Notwithstanding the revocation, deregistration, surrender, notification on the cessation of business or operations, or expiry referred to in subsection (1), the person or representative office referred to in subsection (1) shall continue— (a) to be subject to this Act to the same extent as an authorized person, a registered person or an approved representative office, as the case may be; and (b) to discharge its obligations, until the Bank is satisfied that the person or representative office has discharged its obligations, or that adequate arrangements have been made to discharge its obligations, which remain undischarged at the time of revocation, deregistration, surrender, notification on the cessation of business or operations or expiry, as the case may be. (3) A revocation, deregistration, surrender, notification on the cessation of business or operations or expiry referred to in subsection (1) shall not operate so as to— (a) avoid or affect any agreement, arrangement or transaction entered into by the person or representative office referred to in subsection (1) with any person; or (b) affect any right, obligation or liability arising under any such agreement, arrangement or transaction. (4) Any person who contravenes subsection (1) or fails to discharge its obligations under subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding ten million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Kesan pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, dan habis tempoh

(1) Jika— (a) Menteri membatalkan lesen orang berlesen di bawah seksyen 20; (b) Bank— (i) membatalkan kelulusan pejabat wakil yang diluluskan di bawah subseksyen 19(6) atau (7) atau orang yang diluluskan di bawah seksyen 20; atau (ii) membatalkan pendaftaran orang berdaftar di bawah seksyen 21; (c) penyerahan balik lesen oleh orang berlesen atau pemberitahuan oleh orang yang diluluskan atau orang berdaftar mengenai pemberhentian perniagaannya atau pejabat wakil yang diluluskan mengenai pemberhentian pengendaliannya telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 22(4); atau (d) kelulusan yang diberikan kepada orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 telah habis tempoh, orang atau pejabat wakil itu hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaannya atau pengendaliannya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Walau apa pun pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1), orang atau pejabat wakil yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus— (a) tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar atau pejabat wakil yang diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) menunaikan obligasinya, sehingga Bank berpuas hati bahawa orang atau pejabat wakil itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Suatu pembatalan, pembatalan pendaftaran, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak boleh berfungsi untuk— (a) mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang atau wakil pejabat itu yang disebut dalam subseksyen (1) dengan manamana orang; atau (b) menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau gagal untuk menunaikan obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya. Penggal 6 Perkara am

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next