My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 249

Financial Services Act 2013 s 249

s 249 Offence committed by any person acting in official capacity

(1) Where an offence is committed by a body corporate or unincorporate, a person— (a) who is its director, controller, officer or partner, or was purporting to act in any such capacity; or (b) who is concerned in the management of its affairs, at the time of the commission of the offence is deemed to have committed that offence unless that person proves that the offence was committed without his consent or connivance and that he exercised such diligence to prevent the commission of the offence as he ought to have exercised, having regard to the nature of his function in that capacity and to the circumstances. (2) An individual may be prosecuted for an offence under subsection (1) notwithstanding that the body corporate or unincorporate has not been convicted of the offence whether or not a prosecution has been initiated or a conviction has been obtained against the body corporate or unincorporate. (3) Subsection (1) shall not affect the criminal liability of the body corporate or unincorporate for the offence referred to in that subsection. (4) The penalty of imprisonment for an offence applies to an individual convicted of an offence by virtue of subsection (1), notwithstanding that the imprisonment does not apply to the body corporate or unincorporate by virtue of section 247.

Malay text (authoritative)

Kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang bertindak dalam keupayaan rasmi

(1) Jika sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, seseorang itu— (a) yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya atau berupa sebagai bertindak dalam mana-mana keupayaan sedemikian; atau (b) yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya, pada masa kesalahan itu dilakukan adalah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkannya dan bahawa dia telah melaksanakan apa-apa usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya dalam keupayaan itu dan hal keadaan itu. (2) Seseorang individu itu boleh didakwa untuk suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walau apa pun pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu tidak disabitkan dengan kesalahan sama ada suatu pendakwaan telah dimulakan atau sabitan telah diperoleh terhadap pertubuhan yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu. (3) Subseksyen (1) tidak boleh menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu. (4) Penalti pemenjaraan bagi suatu kesalahan terpakai bagi seseorang individu yang disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), walau apa pun pemenjaraan itu tidak terpakai bagi pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan menurut seksyen 247.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next