(1) The Governor may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, offer in writing to compound any offence punishable under this Act or any regulations made under this Act, by accepting from the person reasonably suspected of having committed the offence, such sum of money not exceeding the amount of the maximum fine to which that person would have been liable if he had been convicted of the offence, within such time as may be specified in the offer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Governor may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(3) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made, and any document or thing seized in connection with the offence may be released by the Bank, subject to such terms and conditions as the Bank thinks fit.
(4) All sums of money accepted under subsection (1) shall be paid into the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk mengkompaun
(1) Gabenor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun manamana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah wang tidak melebihi amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan sekiranya dia telah disabitkan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan sekiranya amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang boleh diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Bank.
(4) Semua jumlah wang yang diterima di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).