s 269 Application of certain provisions of Act to Labuan entities
(1) For the purpose of this section, “Labuan Financial Services Authority” means Labuan Financial Services Authority established under section 3 of the Labuan Financial Services Authority Act 1996 [Act 545].
(2) Without prejudice to the generality of Division 2 of Part XIV, the provisions in such Division shall apply to any person who is under the supervision or oversight of the Labuan Financial Services Authority and the Bank may exercise such powers and perform such functions under this Act to ensure compliance with Division 2 of Part XIV by such person.
(3) For the purposes of the Bank exercising oversight over a financial group, a reference to—
(a) “subsidiary” in sections 115 and 116; and
(b) “related corporation” in Parts X and XI,
shall be deemed to include a person who is under the supervision or oversight of the Labuan Financial Services Authority where such person is within the financial group.
(4) Sections 178 and 185 of the Labuan Financial Services and Securities Act 2010 and sections 139 and 146 of the Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 shall not restrict the Bank in the exercise of powers or performance of functions under section 115 or 116, or Part X or XI, and the Bank may exercise such powers and perform such functions under this Act to ensure compliance with section 115 or 116, or Part X or XI.
(5) Section 185 of the Labuan Financial Services and Securities Act 2010 shall not restrict the application of this Act to any person under the supervision or oversight of the Labuan Financial Services Authority who, under this Act—
(a) operates a payment system, is a participant, or issues a payment instrument; or
(b) is a market participant.
Malay text (authoritative)
Pemakaian peruntukan tertentu Akta ini bagi entiti Labuan
(1) Bagi maksud seksyen ini, “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545].
(2) Tanpa memudaratkan keluasan Penggal 2 Bahagian XIV, peruntukan dalam Penggal itu hendaklah terpakai bagi manamana orang yang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Bank boleh menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan Penggal 2 Bahagian XIV oleh orang itu.
(3) Bagi maksud Bank menjalankan pengawasan atas kumpulan kewangan, suatu sebutan kepada—
(a) “subsidiari” dalam seksyen 115 dan 116; dan
(b) “ p e r b a d a n a n y a n g b e r k a i t a n ” d a l a m B a h a g i a n X dan XI,
hendaklah disifatkan untuk termasuk seseorang yang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan jika orang itu dalam kumpulan kewangan itu.
(4) Seksyen 178 dan 185 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dan seksyen 139 dan 146 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 tidak menyekat Bank dalam menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi di bawah seksyen 115 atau 116, atau Bahagian X atau XI, dan Bank boleh menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah Akta ini untuk memastikan pematuhan seksyen 115 atau 116, atau Bahagian X atau XI.
(5) S e k s y e n 1 8 5 A k t a P e r k h i d m a t a n K e w a n g a n d a n Sekuriti Labuan 2010 tidak menyekat pemakaian Akta ini bagi mana-mana orang di bawah penyeliaan atau pengawasan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang, di bawah Akta ini—
(a) mengendalikan sistem pembayaran, ialah seorang peserta, atau mengeluarkan suatu instrumen pembayaran; atau
(b) ialah peserta pasaran.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).