My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 35

Financial Services Act 2013 s 35

s 35 Operational arrangements

(1) An operator of a designated payment system, approved operator of a payment system or approved issuer of a designated payment instrument shall establish the following operational arrangements: (a) rules, procedures and requirements setting out the rights, liabilities or any other obligations of— (i) the operator and participants of the designated payment system; (ii) the approved operator of a payment system and its participants; and (iii) the approved issuer of a designated payment instrument and its users, including the risks that such participants or users may incur; and (b) measures to ensure the safety, security and operational reliability of the designated payment system, payment system set out in Division 1 of Part 1 of Schedule 1 or the designated payment instrument including contingency arrangements. (2) In addition to the operational arrangements under subsection (1), an operator of a designated payment system or approved operator of a payment system shall establish the following operational arrangements: (a) procedures, controls and measures for the management of credit, liquidity or settlement risk, including rules determining the time when a transfer order is final in the case of payment systems that have been issued a certificate of finality by the Bank under section 38; and (b) criteria for participation in the designated payment system or payment system set out in Division 1 of Part 1 of Schedule 1. (3) Without limiting the generality of subsection (1), the approved issuer of a designated payment instrument shall establish measures to ensure prudent management of funds collected from the users, including measures to ensure that such funds are always available for repayment to the users of the designated payment instrument.

Malay text (authoritative)

Perkiraan pengendalian

(1) Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian seperti yang berikut: (a) kaedah-kaedah, tatacara dan kehendak yang menyatakan hak, liabiliti atau apa-apa obligasi lain— (i) pengendali dan peserta sistem pembayaran yang ditetapkan; (ii) pengendali sistem pembayaran yang diluluskan dan pesertanya; dan (iii) pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan dan penggunanya, termasuk risiko yang mungkin ditanggung oleh peserta atau pengguna itu; dan (b) langkah-langkah bagi memastikan kekukuhan, keselamatan dan kebolehpercayaan pengendalian sistem pembayaran yang ditetapkan, sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Penggal 1 Bahagian 1 Jadual 1 atau instrumen pembayaran yang ditetapkan termasuk perkiraan kontingensi. (2) Sebagai tambahan kepada perkiraan pengendalian di bawah subseksyen (1), pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengendali sistem pembayaran yang diluluskan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian seperti yang berikut: (a) tatacara, kawalan dan langkah-langkah bagi pengurusan kredit, likuiditi atau risiko penyelesaian, termasuk kaedahkaedah pemutusan masa apabila suatu perintah pemindahan adalah muktamad dalam hal sistem pembayaran yang sijil kemuktamadan telah dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 38; dan (b) kriteria bagi penyertaan dalam sistem pembayaran yang ditetapkan atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Penggal 1 Bahagian 1 Jadual 1. (3) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan itu hendaklah mengadakan langkah-langkah untuk memastikan pengurusan berhemat dana yang dipungut daripada pengguna, termasuk langkah-langkah untuk memastikan bahawa dana itu sentiasa sedia ada bagi pembayaran balik kepada pengguna instrumen pembayaran yang ditetapkan itu.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next