s 59 Disqualifications
(1) A person is disqualified from being appointed or elected, reappointed or re-elected, accepting any appointment or election, or holding office, as a chairman, director, chief executive officer or senior officer of an institution ifβ
(a) he is an undischarged bankrupt, has suspended payments or has compounded with his creditors whether in or outside Malaysia;
(b) a charge for a criminal offence relating to dishonesty or fraud under any written law or the law of any country, territory or place outside Malaysia, has been proven against him;
(c) he is prohibited from being a director of a company or in any way, whether directly or indirectly, be concerned or take part in the management of a company in Malaysia pursuant to a court order made under section 130A of the Companies Act 1965 and has not obtained any leave of the court under the same section; or
(d) under any law relating to prevention of crime, drug trafficking or immigrationβ
(i) an order of detention, supervision, or deportation has been made against that person; or
(ii) any form of restriction or supervision by bond or otherwise, has been imposed on him.
(2) Where any criminal proceeding is pending in any court for any offence referred to in paragraph (1)(b) against a chairman, director, chief executive officer or senior officer of an institution, such person shall notβ
(a) act in such capacity, hold any other office or act in any other capacity, in that institution; or
(b) be concerned with, take part or engage in any manner, whether directly or indirectly, in any activity, affairs or business of, or in relation to, that institution,
except as may be permitted by the board of directors of the institution subject to such conditions as may be specified by the Bank.
(3) For the purposes of subsection (2), βcriminal proceedingsβ shall be deemed to be pending from the date that the accused person is first charged in court for the offence until the date of the final conclusion of the proceedings, whether in the court of original jurisdiction or, in the event of any appeal by any party, in the court of final appellate jurisdiction.
Malay text (authoritative)
Kehilangan kelayakan
(1) Seseorang itu hilang kelayakan daripada dilantik atau dipilih, dilantik semula atau dipilih semula, menerima apa-apa pelantikan atau pemilihan, atau memegang jawatan, sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi sekiranyaβ
(a) dia seorang bankrap yang belum dilepaskan, telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian pembayaran dengan pemiutangnya sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) suatu pertuduhan bagi suatu kesalahan jenayah yang berhubungan dengan ketidakjujuran atau fraud di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau undang-undang mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia telah dibuktikan terhadapnya;
(c) dia dilarang daripada menjadi pengarah syarikat atau dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat di Malaysia menurut suatu perintah mahkamah yang dibuat di bawah seksyen 130A Akta Syarikat 1965 dan tidak mendapat apa-apa kebenaran daripada mahkamah di bawah seksyen yang sama; atau
(d) di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, pengedaran dadah atau imigresenβ
(i) suatu perintah tahanan, pengawasan atau pengusiran telah dibuat terhadap orang itu; atau
(ii) apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, telah dikenakan atasnya.
(2) Jika apa-apa prosiding jenayah belum selesai dalam manamana mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan (1)(b) terhadap pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi, maka orang itu tidak bolehβ
(a) bertindak atas keupayaan sedemikian, memegang apa-apa jawatan lain atau bertindak atas apa-apa keupayaan lain, dalam institusi itu; atau
(b) kena mengena dengan, mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam mana-mana aktiviti, hal ehwal atau perniagaan bagi, atau berhubungan dengan, institusi itu,
kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh lembaga pengarah institusi itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(3) Bagi maksud subseksyen (2), βprosiding jenayahβ hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang dituduh mula dipertuduhkan dalam mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada di dalam mahkamah berbidang kuasa asal atau, dalam keadaan apa-apa rayuan oleh mana-mana pihak, dalam mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).