My bookmarksSign up free
← Financial Services Act 2013

Financial Services Act 2013 s 94

Financial Services Act 2013 s 94

s 94 Order against defaulting persons

(1) Where the Bank is satisfied that any person (in this section referred to as “the defaulting person”)— (a) has breached section 87, 88, 89 or 92; (b) has failed to comply with any condition imposed pursuant to the approval of the Bank or the Minister, as the case may be, under section 87, 88 or 89; or (c) has failed to comply with any standards as may be specified by the Bank under subsection 91(1), the Bank may exercise its powers under subsection (2) as may be applicable or appropriate in the circumstances of the breach or non-compliance. (2) Subject to section 262, where any of the circumstances described in subsection (1) exists, the Bank may make the following order: (a) in respect of any shares which are the subject of the breach or non-compliance— (i) prohibit the transfer of, or the carrying out of the agreement to transfer, such shares, or, in the case of unissued shares, prohibit the transfer of, or the carrying out of the agreement to transfer, the right to be issued with such unissued shares; (ii) prohibit the exercise of any voting rights in respect of such shares; (iii) prohibit the issue of any further shares in right of such shares or in pursuance of any offer made to their holder; (iv) except in a liquidation, prohibit the payment of any sum due from the licensed person on such shares, whether in respect of capital or otherwise; or (v) direct the defaulting person to surrender the shares to the Bank within a certain period as may be specified by the Bank; or (b) in respect of a breach of section 88, direct the defaulting person to take such necessary actions as may be specified by the Bank in order to cease exercising or to relinquish its control over a licensed person. (3) An order made under subsection (2) shall be served on the defaulting person as soon as is practicable, and may be published by the Bank in such manner as the Bank deems fit. (4) Where a defaulting person has been served with an order under subsection (2), he shall notify any person for the time being holding any shares to which such order applies, any other person specified in the order or any person to whom the order is directed. (5) An order under subsection (2) shall be binding on the defaulting person, any person for the time being holding any shares to which such order applies and any other person specified in the order or any person to whom the order is directed, notwithstanding— (a) anything contained in any constituent documents of the licensed person; or (b) anything contained in any contract entered into by such persons affecting the shares relating to the licensed person. (6) The Bank may give such instructions or directions to the directors or officers of the licensed person as may be necessary or requisite to give effect to any order of the Bank under this section, or as may be incidental, ancillary or consequential to such order. (7) Any transaction entered into by the defaulting person, including any agreement or arrangement in relation to any shares, interest in shares, or security, which is in contravention of any order under subsection (2) or of any instructions or directions given by the Bank under subsection (6), shall be void and of no effect. (8) The satisfaction of the Bank under subsection (1) that a person has breached or failed to comply with section 87, 88 or 89 or standards specified by the Bank under subsection 91(1), may be arrived at regardless that there has been no exercise of any action in respect of such breach or non-compliance. (9) A person who fails to comply with an order issued under subsection (2) or contravenes subsection (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding eight years or to a fine not exceeding twenty-five million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Perintah terhadap orang yang ingkar

(1) Jika Bank berpuas hati bahawa mana-mana orang (dalam seksyen ini disebut sebagai “orang yang ingkar”)— (a) telah memungkiri seksyen 87, 88, 89 atau 92; (b) telah gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan Bank atau Menteri, mengikut manamana yang berkenaan, di bawah seksyen 87, 88 atau 89; atau (c) telah gagal untuk mematuhi mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 91(1), Bank boleh melaksanakan kuasanya di bawah subseksyen (2) sebagaimana yang terpakai atau wajar dalam hal keadaan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu. (2) Tertakluk kepada seksyen 262, jika mana-mana hal keadaan yang diperihalkan dalam subseksyen (1) wujud, Bank boleh membuat perintah yang berikut: (a) berkenaan dengan apa-apa syer yang menjadi perkara kemungkiran atau ketidakpatuhan itu— (i) melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, syer itu, atau, dalam hal syer tidak terbit, melarang pemindahan, atau penjalanan perjanjian untuk memindahkan, hak untuk menerbitkan apa-apa syer tidak terbit itu; (ii) melarang pelaksanaan apa-apa hak mengundi berkenaan dengan syer itu; (iii) melarang penerbitan apa-apa syer tambahan sebagai hak syer itu atau menurut apa-apa tawaran yang dibuat kepada pemegangnya; (iv) kecuali dalam suatu likuidasi, melarang pembayaran apa-apa jumlah yang kena dibayar oleh orang berlesen itu atas syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya; atau (v) mengarahkan orang yang ingkar untuk menyerah balik syer itu kepada Bank dalam suatu tempoh tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau (b) berkenaan dengan suatu kemungkiran seksyen 88, mengarahkan orang yang ingkar itu untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk berhenti melaksanakan atau melepaskan kawalannya atas orang berlesen. (3) Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah disampaikan kepada orang yang ingkar itu seberapa segera yang praktik, dan boleh disiarkan oleh Bank dalam apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank. (4) Jika orang yang ingkar yang telah disampaikan dengan suatu perintah di bawah subseksyen (2), dia hendaklah memberitahu mana-mana orang yang pada ketika itu memegang apa-apa syer yang perintah itu terpakai, mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana-mana orang yang perintah itu ditujukan. (5) Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat orang yang ingkar itu, mana-mana orang yang pada ketika itu sedang memegang apa-apa syer yang baginya perintah itu terpakai dan mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau mana-mana orang yang kepadanya perintah itu ditujukan, walau apa pun— (a) apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana dokumen konstituen orang berlesen itu; atau (b) apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh orang itu yang menjejaskan syer yang berhubungan dengan orang berlesen itu. (6) Bank boleh memberikan apa-apa petunjuk atau arahan kepada pengarah atau pegawai orang berlesen itu sebagaimana yang perlu atau dikehendaki untuk memberi kesan atas apa-apa perintah Bank di bawah seksyen ini, atau sebagaimana yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit dengan perintah itu. (7) Apa-apa transaksi yang dibuat oleh orang yang ingkar itu, termasuk apa-apa perjanjian atau perkiraan berhubung dengan apaapa syer, kepentingan dalam syer, atau cagaran, yang melanggar mana-mana perintah di bawah subseksyen (2) atau apa-apa petunjuk atau arahan yang diberikan oleh Bank di bawah subseksyen (6), hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa. (8) Hal puas hati Bank di bawah subseksyen (1) bahawa seseorang telah memungkiri atau gagal mematuhi seksyen 87, 88 atau 89 atau standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 91(1), boleh dicapai tidak kira bahawa tiada pelaksanaan apa-apa tindakan berkenaan dengan kemungkiran atau ketidakpatuhan itu. (9) Seseorang yang gagal mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 758 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next