(1) A fund to be known as the “Yayasan Guru Tun Hussein Onn Fund” is established and shall be administered and controlled by the Yayasan.
(2) The Fund shall consist of—
(a) all moneys transferred from the fund of the dissolved Kumpulan Wang;
(b) all or any part of the charges imposed by or payable to the Yayasan under this Act or any subsidiary legislation made under this Act;
(c) all moneys derived as income from investments by the Yayasan;
(d) all moneys derived from the sale, disposal, lease or hire of or any other dealing with any property, mortgages, charges or debentures vested in or acquired by the Yayasan;
(e) all moneys and property which may in any manner become payable to or vested in the Yayasan in respect of any matter incidental to its functions and powers;
(f) any costs paid to, or recovered by, the Yayasan pursuant to any act or proceedings, civil or criminal;
(g) all moneys borrowed by the Yayasan for the purposes of this Act;
(h) all moneys earned from any services provided by the Yayasan; and
(i) all other moneys lawfully received by the Yayasan.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang
(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Yayasan Guru Tun Hussein Onn” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Yayasan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) semua wang yang dipindahkan daripada kumpulan wang Kumpulan Wang dibubarkan;
(b) semua atau mana-mana bahagian bayaran yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Yayasan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
(c) semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Yayasan;
(d) semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan atau apa-apa urus niaga lain mengenai apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Yayasan;
(e) semua wang dan harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Yayasan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;
(f) apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh, Yayasan dalam apa-apa tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah;
(g) semua wang yang dipinjam oleh Yayasan bagi maksud Akta ini;
(h) semua wang yang diterima daripada apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh Yayasan; dan
(i) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Yayasan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).