My bookmarksSign up free
← Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 Schedule

Yayasan Guru Tun Hussein Onn Act 2014 Schedule

Schedule SCHEDULESupplementary

[Section 10] Times and places of meetings 1. (1) The Board is to hold as many meetings as are necessary for the efficient performance of its function and such meetings are to be held at such places and times as the Chairman of the Board may decide, provided that the Chairman shall not allow more than two months to lapse between meetings. (2) The Chairman shall call for a meeting if requested to do so in writing by the Minister or by at least two members of the Board. Quorum 2. The Chairman and four other members of the Board shall form a quorum at any meeting of the Board. Casting vote 3. (1) Every member of the Board present shall be entitled to one vote. (2) If on any question to be determined by the Board there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Board may invite others to meetings 4. (1) The Board may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Board for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) shall be paid such allowances as may be determined by the Board. Minutes 5. (1) The Board shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form. (2) The minutes made of meetings of the Board, if duly signed, shall be admissible in any legal proceedings as prima facie evidence of the facts stated in the minutes without further proof. (3) Every meeting of the Board of which minutes have been made in accordance with subparagraphs (1) and (2) shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act. Procedure 6. The Board may regulate its own procedure. Validity of acts and proceedings 7. No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of the Board; or (b) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Members to devote time to business of the Yayasan 8. The members of the Board shall devote such time to the business of the Yayasan as is necessary to discharge their duties effectively. Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

Malay text (authoritative)

JADUAL

[Seksyen 10] Masa dan tempat mesyuarat 1. (1) Lembaga hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi Lembaga, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat. (2) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya dua orang anggota Lembaga. Kuorum 2. Pengerusi dan empat orang anggota Lembaga yang lain hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Lembaga. Undi pemutus 3. (1) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi. (2) Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 4. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 5. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minitnya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 6. Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan Lembaga; atau (b) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Yayasan 8. Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Yayasan sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.

Read this section in the full act →

Find Act 763 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next