Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 14
Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015 s 14
s 14 Transition services
(1) Where any person is under a contract or obligation to provide goods or services or both to the Administered Companies, such person shall continue to provide the goods or services or both to the Malaysia Airlines Berhad and its subsidiary companies instead of the Administered Companies, where required by the Administrator, and the Malaysia Airlines Berhad and its subsidiary companies shall pay for such goods or services or both at the same rate as would have been paid by the Administered Companies.
(2) Notwithstanding any other provisions of this Act or any other law, where the person fails to provide the goods or services or both to the Malaysia Airlines Berhad and its subsidiary companies as required under subsection (1), the Malaysia Airlines Berhad and its subsidiary companies shall have the right to recover from such person any costs incurred or damages for any loss suffered.
Malay text (authoritative)
Perkhidmatan peralihan
(1) Jika mana-mana orang terikat di bawah suatu kontrak atau mempunyai obligasi untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada Syarikat yang Ditadbir, orang itu hendaklah terus membekalkan barangan atau perkhidmatan itu atau kedua-duanya kepada Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya dan bukan kepada Syarikat yang Ditadbir, jika dikehendaki oleh Pentadbir, dan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya hendaklah membayar bagi barangan atau perkhidmatan itu atau kedua-duanya pada kadar yang sama yang sepatutnya dibayar oleh Syarikat yang Ditadbir.
(2) Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini yang lain atau mana-mana undang-undang lain, jika orang itu tidak membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), Malaysia Airlines Berhad dan syarikat subsidiarinya hendaklah mempunyai hak untuk mendapatkan daripada orang itu apa-apa kos yang dilakukan atau ganti rugi bagi apa-apa kerugian yang ditanggung.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).