My bookmarksSign up free
← Public Sector Home Financing Board Act 2015

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 25

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 25

s 25 Board to be responsible for collection and recovery of repayment of public sector home financing facility

(1) The Board shall be responsible for the collection and recovery of the repayment of the public sector home financing facility granted to an approved eligible person. (2) Subject to any written law, the collection of the repayment of the public sector home financing facility by the Board may be made by way of deduction of salary or pension by giving a notice in writing of such deduction to the employer of the approved eligible person. (3) It shall be the duty of the employer of the approved eligible person to whom the notice under subsection (2) is given to deduct such amount of moneys as notified by the Board, being the monthly amount of repayment of the public sector home financing facility— (a) from the salary of the approved eligible person; or (b) if the amount of the public sector home financing facility remains outstanding upon the retirement of the approved eligible person, from the pension of the approved eligible person, and to remit the amount so deducted to the Board on a monthly basis. (4) The sum of the public sector home financing facility which is not repaid or in arrears shall be treated as a civil debt owed by the approved eligible person to the Board and the Board may avail itself of such means under any applicable law for the recovery of such debt. (5) Subject to any written law, the sum of the public sector home financing facility which is not repaid or in arrears may be recoverable by means of deductions from the salary, pension or other retirement benefits of the approved eligible person and is entitled to a right of priority to any other deductions but immediately after the deduction for— (a) any debt due and owing by the approved eligible person to the Federal Government and State Government; (b) the amount of taxes assessed under any written law; and (c) all amounts due in respect of contributions payable under any written law relating to employees superannuation or provident funds or under any scheme of superannuation or retirement benefit which is an approved scheme under the federal law relating to income tax. (6) For the purpose of deduction from the salary, pension or other retirement benefits of the approved eligible person under subsection (5), the Board shall give a notice in writing of such deduction to the employer of the approved eligible person, and it shall be the duty of the employer to deduct such amount of moneys as notified by the Board, being the amount of the public sector home financing facility not repaid or in arrears— (a) from the salary of the approved eligible person; or (b) if the amount of public sector home financing facility remains outstanding upon the retirement of the approved eligible person, from the pension or other retirement benefits of the approved eligible person, and to remit the amount so deducted to the Board. (7) In the event the deduction of salary, pension or other retirement benefits of the approved eligible person under subsection (3) or (6), as the case may be, is insufficient, the approved eligible person shall pay the difference of the repayment of, or the amount not repaid or in arrears of, the public sector home financing facility. (8) The Board shall not impose any additional interest or charges on the approved eligible person for any delay caused by the employer to make the deductions under subsections (3) and (6).

Malay text (authoritative)

Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam

(1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memungut dan mendapatkan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan kepada orang yang layak yang diluluskan. (2) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, pemungutan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam oleh Lembaga boleh dibuat melalui potongan gaji atau pencen dengan memberikan notis secara bertulis kepada majikan orang yang layak yang diluluskan mengenai pemotongan itu. (3) Hendaklah menjadi kewajipan majikan orang yang layak yang diluluskan yang diberikan notis di bawah subseksyen (2) untuk memotong apa-apa amaun wang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Lembaga, yang merupakan amaun bayaran balik bulanan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam— (a) daripada gaji orang yang layak yang diluluskan; atau (b) sekiranya amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam masih terhutang bilamana orang yang layak yang diluluskan bersara, daripada pencen orang yang layak yang diluluskan, dan meremit amaun yang dipotong itu kepada Lembaga secara bulanan. (4) Wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak hendaklah dikira sebagai suatu hutang sivil yang terhutang oleh orang yang layak yang diluluskan kepada Lembaga dan Lembaga boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai untuk mendapatkan hutang itu. (5) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar atau tertunggak boleh didapatkan melalui cara potongan daripada gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan dan mendapat hak keutamaan daripada apa-apa potongan lain tetapi sebaik selepas potongan bagi— (a) apa-apa hutang yang kena dibayar dan terhutang oleh orang yang layak yang diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri; (b) amaun cukai yang ditaksir di bawah mana-mana undangundang bertulis; dan (c) semua amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan persaraan atau kumpulan wang simpanan pekerja atau di bawah mana-mana skim persaraan atau faedah persaraan yang merupakan suatu skim yang diluluskan di bawah undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan cukai pendapatan. (6) Bagi maksud pemotongan gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan di bawah subseksyen (5), Lembaga hendaklah memberikan notis secara bertulis tentang pemotongan itu kepada majikan orang yang layak yang diluluskan, dan hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk memotong apaapa amaun wang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Lembaga, yang merupakan amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak— (a) daripada gaji orang yang layak yang diluluskan; atau (b) sekiranya amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam masih terhutang bilamana orang yang layak yang diluluskan bersara, daripada pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan, dan meremit amaun yang dipotong itu kepada Lembaga. (7) Dalam keadaan potongan gaji, pencen atau faedah persaraan lain orang yang layak yang diluluskan di bawah subseksyen (3) atau (6), mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak mencukupi, orang yang layak yang diluluskan hendaklah membayar perbezaan bayaran balik kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau amaun kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang tidak dibayar balik atau tertunggak. (8) Lembaga tidak boleh mengenakan apa-apa faedah atau caj tambahan terhadap orang yang layak yang diluluskan bagi apa-apa kelewatan yang disebabkan oleh majikan untuk membuat potongan di bawah subseksyen (3) dan (6).

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 767 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next