s 4 Vesting provisions
(1) Subject to this Act, the Minister may, from time to time, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on such date all properties, rights, interests, obligations and liabilities of the Government specified by the Minister in such order relating to the administration of loan under the repealed Act shall, by virtue of this Act, be transferred to and vested in the Board without any conveyance, assignment or transfer.
(2) Every property, right, interest, obligation and liability transferred to and vested in the Board by virtue of subsection (1) shall be so transferred to and vested in the Board for the like title, estate or interest and on the like tenure as the property, right, interest, obligation and liability were vested or held immediately before the vesting date.
(3) Every chose in action, right, interest, obligation or liability vested in the Board by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by the Board in its own name and it shall not be necessary for the Board or the Government to give notice—
(a) to the person bound by the chose in action of; or
(b) to the person whose right, interest, obligation or liability is affected by,
the vesting effected under subsection (1).
(4) Any pending legal proceedings by or against the Government which relates to any property, right, interest, obligation or liability transferred to and vested in the Board by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be continued by or against the Board.
(5) In the case of rights, interests, obligations and liabilities arising under any loan which are vested in the Board on the vesting date, the Board may enter into such agreements or arrangements over such rights, interests, obligations and liabilities with the Government or any other person.
(6) Where by virtue of subsection (1), any property is transferred to and vested in the Board, the provisions of Part Thirty of the National Land Code 1965 [Act 56 of 1965] shall, for the purpose of effecting the registration of such vesting, apply to the Board.
(7) On and after the vesting date, any agreement, deed or other arrangement relating to any property, right, interest, obligation and liability transferred to and vested in the Board under subsection (1) to which the Government was a party immediately before the vesting date, whether in writing or not, and whether or not of such a nature that property, right, interest, obligation and liability under the agreement, deed or other arrangement, as the case may be, could be assigned by the Government, shall have effect as if the Board had been a party to such agreement, deed or other arrangement.
(8) In this section, “vesting date” means the date appointed by the Minister under subsection (1).
Malay text (authoritative)
Peruntukan peletakhakan
(1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Kerajaan yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu yang berhubungan dengan pentadbiran pinjaman di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.
(2) Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak sedemikian pada Lembaga dengan hakmilik, harta benda atau kepentingan yang serupa dan dengan pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan, hak, kepentingan, obligasi atau liabiliti yang terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan,
dibawa guaman terhadapnya, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau Kerajaan untuk memberikan notis—
(a) kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai; atau
(b) kepada orang yang hak, kepentingan, obligasi atau liabilitinya tersentuh oleh,
peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(4) Apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap Kerajaan yang belum selesai yang berkaitan dengan apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Lembaga.
(5) Dalam hal hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Lembaga pada tarikh peletakhakan, Lembaga boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan mengenai hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan Kerajaan atau mana-mana orang lain.
(6) Jika menurut kuasa subseksyen (1) apa-apa harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Lembaga.
(7) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan adalah pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada sesuatu jenis harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti di bawah perjanjian, surat ikatan atau apa-apa perkiraan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang boleh diserahhakkan oleh Kerajaan, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah Lembaga telah menjadi pihak kepada perjanjian, surat ikatan atau apa-apa perkiraan lain itu.
(8) Dalam seksyen ini, “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).