My bookmarksSign up free
← Public Sector Home Financing Board Act 2015

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 46

Public Sector Home Financing Board Act 2015 s 46

s 46 Savings and transitional

(1) Any application, approval, direction, decision, recommendation, specification, notice or other acts or things issued, made or done under the repealed Act and in force or having effect immediately before the appointed date, shall be deemed to have been issued, made or done under this Act, and shall continue to remain in force and have effect in relation to the person to whom it applied until amended or substituted. (2) Any application, approval or decision under the repealed Act pending immediately before the appointed date shall, on the appointed date, be dealt with by the Board under this Act. (3) Neither the repeal of the repealed Act nor anything contained in this Act shall affect the liability of any person to be prosecuted or punished for offences committed under the repealed Act before the appointed date, or any proceedings brought or sentence imposed before that date in respect of such offence. (4) Subject to this Act, any proceedings whether civil or criminal, or cause of action by or against the Government or any person acting on its behalf, pending or existing immediately before the appointed date in relation to the repealed Act may be continued or instituted by or against the Board as it might have been by or against the Government or such person as if this Act had not been enacted. (5) Any appeal brought or any leave to appeal applied for on or after the appointed date against a decision given in any legal proceedings to which the Government was a party in relation to the repealed Act before the appointed date may be brought by or against the Board.

Malay text (authoritative)

Kecualian dan peralihan

(1) Apa-apa permohonan, kelulusan, arahan, keputusan, syor, spesifikasi, notis atau perbuatan atau perkara lain yang dikeluarkan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta ini, dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan. (2) Apa-apa permohonan, kelulusan atau keputusan di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan oleh Lembaga di bawah Akta ini. (3) Pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak akan menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berhubung dengan kesalahan itu. (4) Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan oleh atau terhadap Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, yang belum selesai atau yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. (5) Apa-apa rayuan yang dibuat atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan dalam apa-apa prosiding undang-undang yang Kerajaan menjadi pihak berhubung dengan Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan boleh dibuat oleh atau terhadap Lembaga.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 767 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next