(1) The Board shall cause to be kept proper accounts of the Fund and reports of its activities and shall, as soon as practicable after the end of each financial year, cause to be prepared for that financial year—
(a) a statement of accounts of the Board which shall include a balance sheet and an account of its income and expenditure; and
(b) a statement of its activities.
(2) The Board shall, as soon as possible, send a copy of the statement of accounts and the statement of activities mentioned in subsection (1) certified by the Auditor General and a copy of the Auditor General’s Report to the Minister who shall cause them to be laid before both Houses of Parliament.
(3) The Statutory Bodies (Accounts and Annual Reports) Act 1980 [Act 240] shall apply to the Board.
Malay text (authoritative)
Akaun dan laporan
(1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya tentang aktiviti Lembaga dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—
(a) suatu penyata akaun Lembaga yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan Lembaga; dan
(b) suatu penyata aktiviti Lembaga.
(2) Lembaga hendaklah, secepat yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun dan penyata aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1) yang diperakui oleh Ketua Audit Negara dan suatu salinan Laporan Ketua Audit Negara kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen.
(3) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Text as at 1 September 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).